Monday, December 27, 2010

CROCHET : Bekas air Maryam

Assalamualaikum...

bekas air Maryam dah hilang...sekali dengan sarung bekas airnya sekali.
Bila dah beli baru...kena la buat sarung bekas air yg baru.



merah kuning menyerlah. Maryam yg pilih sendiri warna ni. Nak jugak walaupun ummi kata striking sangat.

abaikan latar belakang tu ya? itu adalah segala khazanah craft & kain2 untuk kraf. Felt di bahagian lain.

Huhu...penuh rumahku dengan benda2 kraf ni..kekadang rasa nak let go je...nak duduk diam2. jangan nak penuhkan tangan dengan pelbagai benda. setiap masa, ada je benda di tangan. x anak, kraf. x kraf, memasak. x memasak, mengemas rumah. apa cerita? hm..namanya pun ibu di rumah kan? hehe...



close up...

guna cara jahitan double crochet je. sangat simple. benang : cotton.



atas ada rambu2 bunga sikit.

Sekarang ni, tengah nak siapkan tempahan ida...3 bekas air & nama guna cross stitch.

tunggu gambarnya nanti ya? :)

take care.

Sunday, December 26, 2010

CERITA DOLU-DOLU

Assalamualaikum...

blogwalking kat blog suemiezi & terbaca entry tentang drama korea. saya x pernah pun tengok cerita tu. tapi hero cerita tu membuatkan saya teringat sesuatu & seseorang.



YA LA!! dolu-dolu....lama dah...5 tahun lepas, sebelum kahwin, saya pernah lihat hero ini.

Masa tu saya ada layan satu drama korea, tajuknya : LOVE STORY IN HARVARD. Pernah x korang tengok? syahdu ooo. memang layan....pulak tu kita budak law...berangan la...huhu. dulu la kan....hehe

itu cerita lama la. tu je la cerita korea yg saya tengok. yang lain cam x best je. Di 8tv pun pernah tayang cite ni.

entry ini ditulis kerana teringatkan kenangan menonton cerita ni.

Sekarang? NO! seboleh2 nya saya cuba elakkan cerita tv & muzik. Nak ikutkan memang xde la tengok tv & dengar muzik di rumah. hanya cd pembelajaran anak2 & kuliah. percaya x yang otak kita akan rosak bila tengok tv & dengar muzik...apatah lagi anak2. PERCAYALAH! hui TAKUT! doktrin dari tv berhantu........jadi, elakkanlah. banyak aktiviti lain yg boleh dibuat..kan?



Thursday, December 23, 2010

BAHAYA!!

Assalamualaikum...wah! gempak!!

Terkejut x membaca entry ni? hehe...gimik je. Eh..tapi serius jugak tau.

Disebabkan cheq abangku bz....& boring dok umah, saya pun membuat cadangan....

"yang, saya nak balik melaka boleh x? naik bas."

Bulat mata cheq abang. "Nanti abi fikir." katanya.

Mana x nya, nak naik bas tu dengan budak berdua ni. Mana pernah ke mana2 tanpa cheq abang atau mak abah.Hehe...(umi dah buat perangai bujang...nak merayap...hehe. tapi kali ni dengan anak2 la. dalam hati takut jugak sebenarnya.huhu)

Setelah 2 hari berlalu tanpa sebarang jawapan, tetiba, pagi tu....

abi kata, "Jom siap. Abi hantar kat Bukit Jalil."

Terus ambil beg doraemon, isi diaper Abduh 2, baju spare Maryam & Abduh sorang sehelai, & barang2 kaitku (yg ni mana boleh tinggal). DAH SIAP! pantas kan aku bersiap? Mana x nya...dah di doktrin 5 tahun untuk jadi cepat! pantas! Zup....siap.


Ala cutenya doraemon...:)

Abi siap hantar sampai dok atas bas. Hehe. Maryam muka dah cuak. 1st time Maryam naik bas. Mata dah bergenang tengok abi kat bawah. Tangan dok genggam tangan umi. "Kita nak pegi mana umi? bukan selalu kita balik melaka naik kereta Abi ke?" Ala ciannya....Tapi saya buat2 x dengar & layan sikit2 je perasaan dia. Nak didik Maryam jadi budak yg kuat perasaannya. X mengada2. Nak alihkan perhatian, bukak la cerita dolu2. Layan....lepas Nilai, terus tidur.

Umi pun keluarkanlah bahan kait umi....tup tup...AYO!


itu jarum knit sudah terkeluar! Alhamdulillah x tercucuk sesiapa...apatah lagi anak2. Hm...kena fikirkan sesuatu ni. Dah la xde beg khusus untuk knit. (nampak x begitu pantas membuat alasan nak menambah projek kraf. yang ada x siap2 lagi. :p )



Tu dia...jarum knit & benang merah ku....ada la projeknya. Nak bikin yang simple2 dulu.




Fikir-fikir...kena buat jugak la satu beg simple & comel untuk jarum knit & benang nya untuk dibawa ke mana2.

Yang dalam box tu? Apa lagi....scrap felt la. Apa guna jadi tokey felt kalau xde stok scrap. hahaha.

Apa bakal jadi? Tunggguuu...


Monday, December 20, 2010

LET GO..SIAPA NAK?





ANTARA ITEM TO LET GO.

ada yang berminat? mai sini.


Sudah pasti sangat murah & masih bagus.

Harga sebenar baju2 di sini adalah berkali2 ganda dari harga let go. Purata baju2 di sini harganya : rm 50 ke atas.

saya telah buatkan satu blog khusus supaya mudah untuk anda melihat2 & membeli. Juga supaya tidak mengganggu post2 saya yg akan datang.


mesti korang x percaya dengan harga & rupa barang.
PERCAYALAH!! semuanya masih cantik!!


KENAPA SAYA LET GO?

1. mencari dana untuk membeli barang lain yg lebih berkenan.
- ada list dah 2-3 benda. korang kalau sayang saya, singgah, beli tau. hehe

2.dah x muat @ dah terlebih muat
- beli time mengandung Abduh. Lepas pantang dah x muat sebab dah kembali kurus. Hehe

3. tidak berkenan di hati
- masa beli berkobar2 nak pakai, test sekali dah balik rumah, x berkenan. Moral of this case : test dulu bila nak beli baju...jangan jadi macam saya, malas nak masuk fitting room. hehe


4. sangat murah sebab saya nak clearkan rumah.
- dah banyak sangat baju yg x pakai. baik lelong aje.. membazir dibiarkan.


YANG PASTI!

* Barangan di sini semuanya masih dalam kondisi yg bagus kecuali dinyatakan sebaliknya.

Silakan ya.

Monday, December 13, 2010

BARANG BARU DI PU3CRAFT

TERBARU DI PU3CRAFT.

Mai singgah.



BENANG KAIT PLAIN & MULTICOLOR.



VELBOA FABRIC.

ANTARA YG DIHASILKAN DARI VELBOA FABRIC:


bantal maryam.Bukan buat ya..beli di cameron lama dulu.



baby blanket (gambar google)



mainan anak2 (google)



kasut comel untuk anak2 & dewasa (google)


JOM LA CUBA...X RUGI. KITA LIHAT HASILNYA.

insya Allah,
akan datang, saya akan buatkan satu projek & tutorial menggunakan velboa fabric ini.

Saturday, December 11, 2010

CRAFTER : ARTIS @ PENIAGA?... & HANDMADE

assalamualaikum...apa khabar anda semua?

Sedikit pelik & skema tajuk tu ya? Jom baca dulu apa yg terjadi...

Ops...sebelum itu,

tiada niat saya untuk menghentam @ menyalahkan @ memburukkan @ menyakitkan hati @ menghina & segala perbuatan negatif yg disandarkan pd mana2 individu atau kumpulan. Hanya pendapat dari diri saya sendiri. HARAP MAKLUM.



Saya berjalan2 di blog2 rakan2. Mata saya ter'blink' pd satu entry oleh ASMA .
entry yg bagus asma...saya sangat suka...wlwpun dah terlambat baca..hehe

Terpanggil untuk menulis sesuatu tentang luahan perasaan nya. BACA DI SINI

Ya...ya...saya rasakan amat benar apa yg dinyatakan oleh designer tu. Ops...asma, jangan marah atau kecik ati.Saya juga faham apa perasaan & apa yg awak rasakan di kala itu. Orang kelihatannya tidak menghargai hasil seni kita kan? penat2 buat,bersengkang mata nak hasilkan yg terbaik, orang kata pulak. Walaubagaimana pun, jangan cepat melatah, think positive!

Dan ini yg suami saya selalu sebutkan pada saya bila berbicara tentang HANDMADE.
Hanya hasilkan bila ada permintaan yg betul2 kita rasakan boleh memberi impak pada kita & customer. Jangan letihkan diri. Nilai hasil kerja kita dengan kualiti & harga yg setimpal. Jika kita ingin menjadi artis, tumpu pada itu. Tapi, jika kita ingin menjadi peniaga, juga bertumpu pd itu.

Ya...dan ya...saya akui apa yg suami saya sebutkan ini.

Percaya atau tidak, yang perbincangan antara saya & suami saya berkenaan topik ini TELAH berlangsung beberapa sesi dalam bulan ini.
Hm...idea sudah mari...idea sudah mari...tapi nanti dulu. Sambung cerita dulu..

Kepada asma & semua crafter, saya amat kagum dengan kreativiti anda semua! teruskan usaha anda mencari rezeki & menghasilkan kraf2 yg sangat cantik & kemas kualitinya. Tingkatkan usaha & kreativiti serta kualiti hasil kerja anda. Ingatlah hanya Allah yg memberi rezeki & semuanya telah tertulis & dakwat pun sudah kering....

& bagi saya...berbahagialah...hanya orang2 tertentu yg menerima hasil tangan saya...tidak kira dalam tempahan atau hadiah. Harga? bergantung pada material & kesusahan dalam menghasilkannya.

Apa komen anda tentang handmade?




Tuesday, December 7, 2010

MY FIRST KNIT..YEAH!!

Assalamualaikum...

Kali ni nak share dengan anda satu aktiviti a.k.a ilmu baru yg telah dipelajari. Alhamdulillah, Allah mudahkan pemahaman.

Jom...jom...jangan tunggu lagi!!



jarum saiz 5mm...memang besar sikit sebab baru nak mula kan? hehe.
Berdebar2 pegang jarum.



Tu dia...bergulung. Ntah apa2. Cuba lagi...cuba lagi..



Apa lak ni? Huah!! Nak nangis rasa. Elok2 dah cast on...berderai lak dari jarum.dah la baru belajar...mula terpinga2 nak buat apa. Bukak balik....cuba lagi...cuba lagi..

cast on tu untuk permulaan. Kalau pada crochet, kita panggil tali air atau chain.



Semakin bagus. Tapi apasal kat bawah ni terkecil....kat atas tu makin besar. Sah dah tertambah benang. Dah tu ada yg ter skip pulak.
Nak berenti ke nak cuba lagi? Cuba kot....last....xnak buat dah kalau x jadi!!



wah...semakin bagus kan?



YEAH!! berjaya buat GARTER STITCH



YEAH!! berjaya buat STOKINETTE STITCH!!



'Mereka' bersama...sebelah menyebelah!!

BERJAYA MISI KNITTING!!

Alhamdulillah...syukur ya Allah...

Moga akan datang, boleh buat satu projek knit pulak...doakan ya?



Saturday, December 4, 2010

SARUNG LAPTOP

Assalamualaikum....al kisah..

beberapa malam yang lepas. Tetiba cik abang ku balik & berikan sarung laptop ni.





Dialognya:

Cik abang : " Yang, tolong buatkan tali untuk sarung laptop ni."

saya : " Tali yang camna tu? Saya jahit guna kain cotton ye?"

cik abang : " X nak! Ayang tolong kaitkan tali dia. Pastu jahit jadikan ada handle beg."

saya: (berfikir) selepas itu : " ok, saya kait, pastu jahit guna mesin eh?"

cik abang : "x nak! jahit guna tangan."

saya : "camtu pulak?! yer la...nanti saya buatkan"



bermula la kerja mengaitku. Guna kaitan yg simple je.



selepas itu, saya pun jahitkan la di sarung laptop ni. X nampak sangat jahitannya sebab warnanya hitam.



inilah hasilnya.

Cik abang ku sangat suka & saya sangat berpuas hati walaupun simple.

Anda bagaimana?

hehe macam buat iklan.

Thursday, December 2, 2010

TUTORIAL :SARUNG BANTAL EKSPRESS

Assalamualaikum.

Rajin benar buat tutorial ya? xde la. saje je nak share sikit2 ngan kawan2. nak cuba tutorial yang ni pulak x? Jom layan.


Pernah x korang beli atau buat bantal yg saiznya agak kecil, tapi malas nak buat sarung? ataupun malas nak cari sarungnya? (semua kes malas...kui kui). atau pun memula beli memang cantik, makin lama, dah macam bantal busuk. Haa...ini antara penyelesaiannya.



amik bantal yg mana yg nak di make over tu (betul ke penggunaan ayat make over...hehe). selalunya bantal yg lebih kecil la kan.



sarung bantal ni ialah sarung bantal tidur yang standard biasa tu.



masukkan bantal anda. melintang memenuhi ruang lebar sarung bantal.



sudah? ok, kemudian, selitkan sarung bantal lebihan di bahagian atas ke dalam.



ya...macam ni. selitkan & kemaskan sampai dalam. Kot ye pun malas, jangan la sumbat je. Kemas2 kan sikit ye. :)



Tada!! Siap. Tu dia pandangan depan



Ini pandangan belakang.


Bagaimana? boleh? jom share apa hasil anda pulak ya?

SELAMAT MENCUBA :)

Wednesday, December 1, 2010

CRAFT HUJUNG MINGGU LEPAS

Assalamualaikum...

dah nak masuk minggu depan dah, baru nak upload gambar minggu lepas. hehe...jgn marah aaa. Tak banyak projek yang dibuat. Hanya getah rambut untuk Maryam & beberapa hadiah untuk anak2 kawan dari Sg Petani, singgah di KL 2-3 hari ikut suami dia outstation.


Getah rambut untuk Maryam. guna benang cotton. special mari!! best oo benang ni? dah la comel warnanya. huhu. rugi korang x tempah. ada yg berminat? hehe



ini hadiah2 untuk kawan saya & anak2nya, 3 orang perempuan. semua sama adil dapat hairclip. :)


Jika ada yang ingin membuat tempahan crochet sama ada hairband, hairclip dan sebagainya, boleh email saya di pu3craft@gmail.com ya?

tq :)

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.