Tuesday, November 29, 2011

GILA YARN!!!

Hujung minggu jalan2 cari benang....yuhuuu!!


x tau lagi nak buat apa dengan benang ni...rasanya cam nak buatkan baju maryam. pattern apa x tau lagi.



yang ini?? ini cabaran dari cik abang sayang. dia cabar knit dress!! wah!! mati la...mana la aku tau. xpe2...cabaran kena disahut. barulah adventure sikit!

Tapi...camna nak buat????

Monday, November 28, 2011

ANOTHER TOPI MEOWWW


Assalamualaikum...sekian lama menyepi. banyak kerja!!

ok2,saya upload gambar topi meoww abdurrahman. :) saje buat depan ada stripe, belakang kosong.

cute kan?



pandangan depan



pandangan belakang



Benang : demet wool dark brown & mint
(dari www.pu3craft.com)

Saiz needle : 3.5mm


Friday, November 4, 2011

BIJI SAWIT?


PU3CRAFT.COM


Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

alhamdulillah...setelah pelbagai dugaan & cabaran, kami telah berjaya membina satu website yang khusus dalam menjual barangan kraf secara borong & runcit yang mana sebelum ini dikenali dengan nama pu3craft.blogspot.com


PRODUK KAMI:

  • acrylic felt (yang sememangnya berkualiti & dipercayai oleh semua customer kami)
  • craft material
  • fabric - cotton, velboa, & wool
  • button
  • ribbon
  • handmade (100% hasil tangan PU3)

Dengan mengekalkan tagline :

"TIADA YANG SETANDING HASIL TANGAN SENDIRI",

kami 100% percaya yang setiap individu mampu menghasilkan sesuatu yang kreatif dan ingin dikongsikan bersama yang tersayang. Kami sedia membantu anda melalui penyediaan material dalam usaha anda mencurahkan idea anda ke dalam penghasilan kreatif. & Izinkan kami menjadi sebahagian daripada memori indah anda.


Keistimewaan web:

  • menyediakan cart untuk memudahkan anda membeli belah & menyemak item yang dipilih.
  • kategori produk yang jelas, penerangan produk & gambar yang jelas memudahkan anda untuk mencari barangan yang diperlukan.
  • anda mempunyai akaun khusus dengan mendaftar sebagai ahli kami di mana semua maklumat anda seperti nama, alamat, & pembelian sebelumnya akan disimpan & boleh disemak.
  • anda tidak perlu lagi menunggu email reply berkenaan stok & total barangan kerana semuanya telah disediakan & semua order akan diemailkan secara automatik ke email anda.
  • & pelbagai lagi kemudahan yang seharusnya anda nikmati sendiri.

Insya Allah dari masa ke semasa, kami akan mengadakan pelbagai sale ke atas produk-produk kami & kami akan memaklumkan anda dari masa ke semasa.


SALAM HORMAT,

PU3CRAFT.COM



Wednesday, November 2, 2011

CROCHET HOOK HOLDER

Assalamualaikum semua....wah...lama betul saya tak menulis & share projek dengan kalian. tak taulah bagaimana nak gambarkan betapa sibuknya saya dengan aktiviti harian, anak2, rumahtangga, tempahan & order customer.

ok, jadi, kali ni saya nak share crochet hook holder saya. Betul ke namanya? Atau kawan2 ada nama lain nak diberikan? :)

Saya gunakan:

  • 1/4 meter kain cotton pink corak polka dot
  • felt warna rose
  • ribbon
  • jarum & benang

ops untuk makluman semua....ini adalah gabungan
  • jahit mesin (yg garisan pembahagi ruang jarum)
  • jahit tangan (keliling & ribbon)




digulung2.....



ini gambar rupa depannya.



saje buat atas dia lebih sikit supaya boleh dilipat. Untuk memastikan crochet hook kesayanganku ini tidak tercicir di kala ku bawa merata2. :)



tada....ini gambar bukaannya. Ok x? saya buatkan 8 bahagian untuk crochet hook & satu bahagian untuk simpan tapestry needle untuk last touch. hehehe.

inilah cara saya menyimpan crochet hook saya. lepas ni nak buat untuk knitting needle pula. kalau tidak berselirat dalam laci. cian baby baby saya ni. :)


ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.