Saturday, July 24, 2010

TINYTINI GIVEAWAY!



Assalamualaikum....kali ni saya nak join GA TINYTINI....

hadiah? set2 kain & ada benang utk sulaman @ cross stitch tu kan Tini kan?

Jom ramai2 ke KEDAI TINYTINI

Moga2 ada rezeki menang kali ni. :)

Sunday, July 18, 2010

1st CRAFT KIT UNTUK MARYAM


Setiap kali saya pegang jarum, gunting, kain atau apa sahaja yg berkaitan dgn pembikinan sesuatu projek kraf...akan ada 'pembantu' a.k.a penyibuk yg sentiasa mencari peluang untuk mencuba, memegang, memberi komen & model tidak bertauliah.

Sudah lama saya cuba fikirkan apa kraf yg sesuai utk Maryam, anak saya yg baru berumur 3 tahun. Hendak diberi gunting...tajam sangat. Hendak diberi jarum...takut tercucuk.

Ketibaan saya ke satu kedai kraf....x ingat namanya...tapi di area PJ, membawa saya meneroka tentang kraf yg sesuai utk anak daraku ini. Tengok punya tengok...belek punya belek...saya terjumpa sesuatu....PLASTIK CANVAS. yes!! Saya pernah tengok dlm buku kraf saya. Tapi x pernah jumpa Plastic canvas ni di kedai2 kraf yg pernah saya kunjungi sebelum ni...(ke saya yg x jumpa?...heheh)

Jadi, saya pun belikan set pembelajaran kraf asas utk anak saya.


Buku...(wlwpun dia belum pandai nak baca lukisan & ikut direction dlm tu...sbg pembakar semangat. Maryam memang suka buku.)



Benang 5 warna


Plastik canvas.


X lupa juga...jarum yg x tajam. apa nama nya ntah. hehe...ala yg buat cross stitch tu.

Syarat kraf : Mesti time adik dah tidur.

Sampai di rumah, Maryam dah x sabar2. Saya potongkan plastik canvas tu jadi ukuran yg kecil supaya Maryam boleh pegang sendiri.

Saya mulakan sesi pembelajaran menjahit Maryam dgn asas cross stitch. Masuk satu lubang...keluar di lubang lain. Ikut susunan lubang.

Cantik x hasil kerja Maryam?

(yg Maryam jahit bermula dari biru tu) Ada la satu line biru tu dia jahit...tapi dengan kesabaran (baca : kemarahan) yg cukup tinggi dr umminya. Masuk lubang lain, keluar lubang yg nuuuunnn jauh ke sana. Yang lebih warna hijau tu, ummi dia yg jahit (geram tgk benang tu.) warna pink Maryam jahit semula. Tapi cara dia jahit, 2-3 lubang...lepas tu, " Ummi, Maryam dah penat, nanti Maryam buat lagi. Simpan ya" Huhuhu...sabar je la...


Apa kemahiran yg anda terapkan pd anak2 dari kecil? Jom share.

Sila tinggalkan komen & link blog anda.

Tq :)



Sunday, July 11, 2010

CUPCAKE FAMILY

Assalamualaikum...

Kali ini kita bercerita tentang cupkek.

Cupkek ni saya order dari Miza. Saya beria ingat Miza ni suri rumah & isteri orang...rupanya adik kita ni baru tamat pengajian. Muda lagi!! Huhu...dahsyat betul perniagaan dia. Berkembang biak ye Miza ye? :) Lagi2 ditemani komuter....jauh jalan dia.

Ni gambar cupcake yang saya order.


Al-kisahnya...nak buat suprise utk suami & anak2. Elok punya perancangan, nak singgah dalam perjalanan balik ke KL dari Melaka hari sabtu pagi...tiba2 suami saya kat Jumaat petang dia akan datang ambil saya. Ok...xpe..kita tangguh nak jumpa & ambil cupcake ni terus dari Miza di Seremban jam 4 petang. & tiba2 juga suami kesayangan ku ini berkata : "Yang kita balik sebelum Jumaat."

Maka...kasihan la Miza yang cute ni nak menyiapkan cupcake saya ni. Dah la macam2 permintaan...nak topping dark coklat, nak guna koko van hautan / vochelle, design cupcake utk suami & anak2, individu pack. Kata Miza, ini pertama kali dia buat topping dark coklat...special request tau!! PU3 PUNYA PASAL...hehe

Apa pun...terima kasih banyak Miza ye? Memang sedap!! Insya Allah....akan datang akak tempah lagi ye? Yang penting dark coklat tau!! (Saya memang peminat dark coklat...lagi pahit lagi suka. Kalo dairy milk @ coklat susu....x layan!) Tu sebab suamiku bukak kilang coklat....hahahha.

Ok...kita layan gambar e?



ada nama Maryam & Abduh.
Yang rumput bola tu, saya hadiahkan pd Juju. Ladybird tu utk isteri Juju.



Nampak x tu? PU3 Love 2AH...:)



Special buku utk ayang....suamiku suka buku & membaca.
Tapi dia x makan2 lagi ni....sayang katanya. hehe




Ha...design buah campur tu yg x tahan tu....bersabar je nak makan.
Note : sehingga ke hari ini, x di makan lagi....sayang!



Friday, July 9, 2010

TUTORIAL (JAHITAN TANGAN) - GETAH RAMBUT @ HAIR SCRUNCHIES

Bismillah...

Assalamualaikum semua...

hari ini akan saya kotakan janji saya utk buat tutorial GETAH RAMBUT @ HAIR SCRUNCHIES dengan jahitan tangan ...(NO MACHINE!)

Ops...terlupa nak beritahu...saya catatkan tutorial ni beserta gambar langkah demi langkah. Pembelajaran kali ini adalah lebih kepada rakan2 yg baru belajar....yg dah pro boleh cepat faham kot. :)

Sedia? Kita mulakan.



Comel x kain corak itik ni :)

1) pertamanya, kita potong kain sepanjang mana yg dikehendaki. Selalunya saya akan potong 1 meter panjang utk dapatkan ropol2 yg besar & banyak. Lebarnya ikut ukuran yang kita nak. Kalau untuk dewasa dalam 10 cm. Untuk kanak2 dalam 5-6 cm. Apa pun bergantung pd individu.




2) Kain tadi dilipat dua dengan bahagian depan mengadap antara satu sama lain. maknanya, kita akan jahit di bahagian dalam.




3) Di salah satu bahagian hujung, lipatkan sedikit. Kenapa? Jangan banyak tanya...ikut saja...hehe




4) Ini hasil lipatan tadi. Dapat x? ok...teruskan pd gambar berikutnya.




5) Mulakan menjahit.








6) Teknik jahitan yg digunakan adalah jahitan kia...tau x? ish...belajar kemahiran hidup kan?
x tau mai saya ajarkan..tgk di gambar. masuk di titik A, keluar di titik C, masuk semula ke titik B & ulang semula langkah jahitan ni.

x faham jugak? mai tengok kat sini




7) ye...betul..betul...teruskan jahitan sehingga akhir.




8) Habis dah jahit? ok...kita akan terbalikkan kain yg sudah dijahit seperti tiub ni.
Bagaimana?
Sematkan pin ke salah satu sisi kain (seperti gambar di bawah).




Jelas?




9) ok...teruskan tolak pin ke hujung.




10) tarra....dah jumpa jalan keluar pin tu. & kain kita pun dah kembali ke bahagian depannya.




11) Kemudian, kita sematkan pin ke getah elastik kita.




12) Masukkan ke dalam kain melalui lubang tadi.




13) Teruskan...teruskan...sehingga akhir kain.




14) Sekali lagi pin sudah menemui jalan keluar. Yey!!




15 ) Pegang di kedua-dua hujung getah elastik tu. Jika tidak....getah anda akan termasuk semula. Kita akan menarik kain kita supaya terhasil kedutan.




16 ) Dah dapat banyak mana kedutan yg kita nak? ok...kita teruskan ke langkah berikutnya. Pastikan anda masih memegang getah elastik dengan kemas supaya tidak termasuk ke dalam semula.




17) Jahit getah elastik tadi.




18) Selesai? gunting getah elastik yg dibahagian lebihan.




19) Kemudian,masukkan hujung kain ke bahagian yg telah dilipat sedikit hujungnya di awal tadi. Ingat x?




akan jadi begini ye...



20) Jahit bahagian tadi.




TARRA...dah siap pun.

Jadi...apa tunggu lagi? Mari kita laksanakan misi menjahit ini!!

HIYAH!!!

GOOD LUCK!!

p/s :

1. jika x faham, boleh tanya ya?

2. sape yg dah test tu....mai la share hasil kerja anda di bahagian komen ya? tinggalkan alamat blog anda (tertakluk utk peserta jahitan tangan...kalau guna mesin? penyertaan tidak dikira? hehe)

3. siapa nak getah rambut free, boleh email saya...tapi syaratnya pos tanggung sendiri ya? pos ekspress rm 3.50. siapa cepat dia dapat!! sementara stok masih ada. TERHAD 5 PCS seorang.



Saturday, July 3, 2010

JAJA GA




Assalamualaikum semua...

kali ni nak war-warkan tentang Jaja GA....hadiah dia MELETOOOPP!!

Mai singgah TAMU JAJA

FYI : Jaja antara sifu2 crafter di Malaysia ni. Pujian yg lebih? X la...x caya?...mai singgah blog dia...tengok hasil kerja tangan yg cukup cantik.


CEPAT SEBELUM TERLAMBAT.


note : moga2 ada rezeki saya kali ni nak menang ye? Amin :)


Thursday, July 1, 2010

BUAT LABEL SDN BHD - sendiri la...



Assalamualaikum....

Tengok tajuk...agak2 dah tau ke x? Kalo yg agak2 compius...mai cheq habaq.

I DAH ADA LABEL SENDIRI!! untuk blogshop ku...PU3 CRAFT

SENDIRI BUAT TAU!!

ha...dengki x? Jaki x? Haaaa....SUKAAAA BANGET!!

Kita tau ada yg lagi terro dari kita bab printing2, edit2, design2....

tapi


I BUAT LABEL SENDIRI! (dengan nada bangga & x heran orang keliling)

Excited giller!! X kira la korang nak kata apa....sebelum tunjuk tutorial...nak tayang dulu...

nak tengok x?




Amacam? nak buat gak? Mai cheq ajaq...

(saya x tau jika dah ada org yg dah buat tutorial sebegini, saya dapat idea masa merenung kertas gam tadi & kain cotton. Maaf jika ada kesamaan atau sebagainya.Saya tidak copy milik sesiapa. Harap maklum.)


Bahan-bahannya :

kain cotton, kain belacu , kertas gam keras (ala..kain yg orang buat kolar baju melayu atau kemeja tu) & lembut.



Agak2 kalo korang x tau apa kertas gam keras, lembut, kain belacu....korang email la saya...kot2 saya keluar nak cari barang2 saya...boleh tolong belikan sekali...yer x? (ceh..konon rajin. x janji....hahaa..kalo ada masa, boleh diusahakan. )

Kita mulakan ek?


Langkah 1 :

buat design korang kat word...ha'ah..pakai word je...saya x pandai power point, photoshop & ntah apa2 prog lagi yg complicated - bg saya la...hehe.


Langkah 2 :


Kita cuba dulu. yg saya test ni guna kertas gam lembut yg di iron dengan kain cotton corak2...namanya pun testing...takut x jadi kan? lupa lak...setelah di iron, potong kain tersebut kpd bentuk a4...baru senang nak print. printer pun guna printer biasa je...Canon. hati2...takut tersangkut lak kainnya.



ok...dah siap, saya biarkan je kain cotton & kertas gam ni sbb mereka lembut shj & mudah nak dijahit nanti.


Langkah 3 :

setelah berjaya....saya iron pulak kain belacu dengan kertas gam yg keras. testing jugak...jadi la camni lak.



Yang kain belacu ni saya koyakkan dari kertas gam sbb dia dah cukup keras untuk dijadikan label. kalo dengan kertas gam keras ni...mau terkehel jariku nak applykan kat produk yg sedia siap pulak.


TIPS:

1. Kalo nak guna kain belacu terus di print pun boleh. Tapi kena jaga2 sbb saya dah try, mmg boleh print, tapi bila print,dia tertinggal dlm printer. Takut printer rosak lak.

2. Kalo guna kertas gam keras terus di print pun boleh. saya dah cuba. Boleh lekat terus je pada permukaan produk berasakan kain macam beg, diapers stacker dll. x payah dijahit lagi (kalo hangpa malas la...hehe)

3. Kalo kain cotton atau kertas gam lembut shj, x boleh print terus. Memang sangkut. Kena di doublekan @ di iron bersama2.

4. Kertas gam keras tu kalo kita x iron sakan - kuat2 @ lama - cukup sekadar tergam manja2-, boleh digunakan semula pd permukaan kain yg lain untuk proses print seterusnya. Kira dia jadi back up keras utk kain tadi. (faham x apa yg cuba daku sampaikan?)



ha...amacam?menarik x tutorial ni? korang cuba la...saya sudah..toing toing.(macam iklan kopi lak.)


siapa2 yg dah cuba...mai la kongsi gambar label korang ngan kita...tinggalkan alamat blog kat komen e?


SELAMAT MENCUBA.


Iklan jap :

tutorial getah rambut akan dipos di next entry...harap maklum. (aritu masa buat malas nak amik gambo...kena buat semula la utk photoshoot- betul ka eja?)
harap anda bersabar ye?



ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.