Monday, November 29, 2010

TUTORIAL : BUTTON BROOCH

Assalamualaikum....

tutorial button brooch ni saya buat sebelum raya haji aritu. Tapi disebabkan masalah pada camera, dok tergendala je. Yup..SUS pun ada buat tutorial ni. Tu yg saya ada borak2 kat chat box SUS. Just cara saya lain sikit. Tapi basicnya tetap sama, gam2...siap. :)

Ok...layan ya.


Gambar ni diambil konon2 menggambarkan betapa sibuk la. Ops...memang sibuk tau. Sebab time ni tengah nak siapkan doorgift perkahwinan seorang kawan saya, Cik Da. Selamat dah melangsungkan perkahwinan 27hb aritu. Selamat sampai barangnya. 40 pcs fabric flower. Alhamdulillah. :)



Ok..ini antara button yg saya ada.



Kita susun 4 butang secara terbalik.




Ambil butang ke 5 & gamkan di atas butang2 berempat tadi. Butang ke 5 ni x semestinya lebih besar. Kalau nak kelopak bunga lebih, butang tengah pun logiknya lebih besar la kan.





Terbalikkan butang2 tadi. Jadi, bahagian depan butang sudah menghadap ke depan sekarang.



Ambil butang ke 6 & gamkan di atas nya tadi.




Selepas kering butang2 anda, gam kan pin brooch di belakangnya.





TADA!! siap.





Ni antara hasil lain.Saya gamkan butang di aligator clip. sorry...satu butang dah terlebih gam. Dah nampak comot. :(

Saya hanya menggunakan glue gun. Setakat yg saya guna, alhamdulillah, ok. X tercabut. Cuma pastikan yg glue anda benar2 panas semasa nak lekatkan. & juga benar2 biarkan dia sejuk sebelum diterbalik atau di make over bagai ya. ;)

Ooo..pin brooch & aligator clip tu boleh didapati di kedai saya ya : PU3 CRAFT

SELAMAT MENCUBA.

Sunday, November 28, 2010

JAWAB TAG

Saya di tag oleh waniezcraft.

Lama dah x menjawab tag ni….bukan apa. Malas nak pikir. Tapi kali ni ada terajin sikit. Jom tengok jawapan saya e? Kalau anda rasakan terlalu skema….itu adalah realitinya. Hehe

1. ape benda paling penting dlm hidup anda?
[aqidah yg benar..tauhid & ibadah hanya pd Allah]

2. benda terakhir korang beli pakai duit sendiri?
[ Mc D…sebab belanja orang..dapat pahala tau bagi makan kat orang. Kalau x, mau nak keluar duit sendiri?…kedekut. Kui kui]

3. dimana tempat korang nak langsungkan perkahwinan dan ape tema perkahwinan korang?
[ I dah kawin la….xnak la fikir kawin lagi. Hehe. Tema perkahwinan: ikut sunnah)

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
[ I’m in loveeeee...sayang ayang ]

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
[ insya Allah selagi nyawa dikandung badan]

6. novel/buku/majalah yang terakhir korang beli?
[cara memberi & menjawab salam secara sunnah ]

7. antara mak ayah korang,mane korang lebih mesra?
[mak…namanya kan anak perempuan]

8. namakan orang yang betul2 korang nak jumpe dalam hidup korang?
(Rasulullah SAW)

YA Allah dengan RahmatMu, masukkanlah aku ke dalam syurgaMU. amin

9. adakah korang basuh baju korang sendiri?
[sudah tentu la sayang…abih tu xkan cik abang nak basuh. Apa guna jadi isteri…hehe)

10. dimanakah tempat yg betul2 korang nak pergi?
[mekah, madinah, yang mengarut sikit : kedai kraf yg tengah buat sale…haha ]

11. pilih salah satu,peluk atau cium?
[ peluk! Rasa di sayangi!]

12. beritahu 3 benda tentang orang yg tag anda
[ kreatif, hasil jahitan yg kemas & cantik ]

13. benda yang korang sayang sgt dlm hidup korang
[buku2 & kitab2 & kraf tools…tu sebab kalau boleh x nak bagi orang pinjam. Tak sama orang jaga dengan kita jaga.]

14. 5 lagu yang paling korang suke n selalu dengar
[lama dah x dengar muzik…haram. :]

15. 5 blogger yang dipertanggungjawabkan untuk jawab tag ini :

wanie

izyan

lady felt

kham joe

gee


Tuesday, November 23, 2010

LAGI TOPI POCOYO...LAST KOT NI...hehe

Assalamualaikum...
masih kah korang ingat tentang topi pocoyo Abdurrahman? Kan last tu ada projek untuk Maryam pulak. Jadi, inilah hasilnya :


pandangan depan


pandangan sisi


close up bunga. cute x?


bahagian tepi tutup telinga. siap letak tali lagi. Tapi tali hiasan je la. X boleh ikat betul2. X cantik kalau diikat.
Saiz topi ni sedikit besar. Tapi Maryam tetap pakai dengan senang hati. Terima kasih Maryam kerana menghargai penat lelah ummi buatkan topi ni. Bahagia rasa bila tengok Maryam pakai. :)

Saturday, November 20, 2010

SALE : RIBBONS & 1/4 METER FABRIC

Assalamualaikum...saya nak maklumkan yang kedai craft saya : PU3CRAFt akan mengadakan sale untuk ribbon & 1/4 meter fabric.



22 NOVEMBER - 2 DISEMBER 2010



1/4 meter fabric


antara ribbon yang boleh didapati.

SILAKAN YA...RUGI KALAU X BELI :)

Sunday, November 14, 2010

ANOTHER WIP



Lagi2 crochet....topi Maryam x siap lagi, dah sibuk nak buat projek lain. hehhee. Tapi yang pasti, insya Allah saya akan siapkan. Setakat ni belum ada projek yg tertangguh ya....hehehe.

Saya suka buat projek crochet berbanding yg lain macam cross stitch, menjahit atau felt sebab senang di bawa ke mana2. X perlu tools atau acessories yang banyak utk bawak travel. Betul kan? Jadi, jika betul2 lapang, baru saya akan jalankan operasi kraf yang lainnya. Hm...beli banyak2 accessories, simpan berkurun. Ntah bila2 baru nak buat. Ish...tapi buat jugak tau! (ayat2 untuk menghalalkan shopping barang2 kraf. kui kui)




Apa pulak kali ni? Yang pasti bukan topi. Tungguuuu.


Friday, November 12, 2010

MAKE YOUR OWN : ICE BLENDED

Pelik e entry kali ni? Xde kena mengena dengan kraf. Nak share resepi pulak. :)

Kalau korang nak tau...dah 3-4 hari ni dok mengidam nak minum ice blended. Nak keluar gi starbuck...cik abang bz...lagipun dok kira2 gak, mahal tu... huhu.

Jadi, dengan azam yang kuat...aku pun gi beli ice kat kedai. Geledah kat rumah. Alhamdulillah ada serbuk koko beli jenama TESCO dulu. X suka minum panas2 koko ni sebab x sedap. Wah...ikhlasnya berterus terang. :p



(gambar hiasan)


Mai kita mulakan operasi.

Masukkan ice penuh2 dalam blender. kemudian, masukkan susu segar separuh blender + susu pekat manis 1 sudu besar + koko 4-5 sudu + milo 1 sudu + air 1 cawan + nescafe 1 sudu kecil.

Blender semua sampai lumat. Pastu tuang dalam cawan kesukaan anda.


(gambar hiasan...ihsan google)


Walllaaaa!! Ngamcam!! Sedap giller!! X payah gi starbuck. Jimat duit.

X CAYA? TRY DULU. :)



Tuesday, November 9, 2010

TOPI POCOYO?!!!

Assalamualaikum...semoga sentiasa diberkahi Allah wahai semua umat Islam.

Alhamdulillah....berjaya siapkan!! Topi untuk Abdurrahman. Tutorial dia saya ambil di youtube tapi tersangatlah x ingat di mana. Sebab al -kisahnya, dok blog walking, jalan2...klik sana sini..nampak tutorial..terus salin. Xde masa nak dok mengadap depan laptop lama2. Banyak keje lain nak buat. Dapat catat tutorial dah cukup bagus. Hehe. Orang bz la kononnya. Bila2 free baru mengadap satu2. Lepas tu mula la pening sendiri sebab masa tulis tu je yg faham, dah tinggal lama2, xde la diingatkan lagi. Haru tul.

Ok, layan gambar ye.


pandangan sisi



bahagian depan ada cap



betul2 depan. nampak x ada flap- tutup telinga tu. Maryam suka sangat tengok adik dia pakai.







Yang ni apa pulak?Yang ni nak buat topi 'pocoyo' Maryam pulak. Dah siap adik punya baru dia perasan yang topi ni cute. hehe Jadi, Maryam dengan tegasnya memilih warna pink ni utk topi dia. xnak warna lain tu...yer la nak. Ummi buatkan ni.

Dalam list menunggu...untuk anak buah kesayangan...'Ali Imran, warna hijau. Sabar ya...nanti ummi buatkan. :)


Ada yang berminat? Hehehe....

Wednesday, November 3, 2010

WIP: agak2 apa e?



Assalamualaikum ...Sekian lama menyepi..bukan tiada topik yang nak dikongsi. Terlalu banyak. Hanya broadband yg bermasalah...line celcom memang menggundah gulanakan segala urusan aku. Huhu...nak tulis entry x dapat, nak blogwalking x terjalan, nak email terpaksa amik basic, nak facebook x keluar cerita. Serba x kena la....hmmm.

Ok..jom terus pada cerita...

Ini adalah antara projek yg sedang aku siapkan.



Xde la besar mana pun projek ni. Untuk kegunaan Abdurrahman je. Siap salin lagi dia punya instruction. Apa orang panggil e? Kalo yg bergambar tu diagram kan? X arif la.

Kita nantikan hasilnya ya? Dah hampir siap dah.... :)


ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.