"Barangsiapa yang Allah beri hidayah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah."
Assalamualaikum...kali ni cerita yang nak dikongsi adalah cerita kek coklat. nyum2.. jangan jeles ya. semua selamat dah masuk perut. :)
jom tgk gambar dulu...

cupcake versi maryam & abduh. mereka lah yg menghias kek ni dgn manik2 & love tu. habis satu rumah.

rupa asal kek. belum sempat sejuk betul dah kena sambar. & tak sempat lagi diletakkan topping.
nak cuba?? ni saya kepilkan resepinya yang saya ambil dari
UMMIZAIHADIKEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAHBahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"
- 100 gram serbuk koko *
- 250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
- 1 tin susu isian cair*
- 200 gram minyak masak sayuran*
- 250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
- 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
- 150 gram tepung gandum
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh baking powder
Cara-Caranya:-
- Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
- Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
- Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar d alam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..)
- Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...Resepi topping tu akak suka guna yang kat Sini...elok licin jek bila dituang..cuma yg ni kurang pekat, kasi tangkap leleh gituuu.hehe)
Bahan Untuk Ganache/Icing:-
- 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
- 1/3 cawan serbuk koko
- sedikit garam
Cara Membuat:-
- Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
- Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
- Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
- Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
- Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.
SELAMAT MENCUBA :)
Assalamualaikum & salam sejahtera. maaf lama tak update blog. sangat2 la sibuk. terlalu banyak urusan. siapa kata suri rumah takde kerja? fuh...malas nak cerita bab ni. siapa yang melalui, dia akan merasa. :)
kali ni misi menyiapkan beg utk sorang kawan yg akan berpindah. nak bagi cenderahati tanda kenangan. :)
jadi, saya kaitkan beg yg simple ni. semoga dia suka. :)

guna benang wool...sangat tebal -nak cepat siap :)

needle saiz 7mm.

letak butang di tepi & crochet hiasan sikit di atas.

daah siap. sangat simple. :)

baby dress

cardigan untuk Maryam & Maryam dah sedekahkan pada sepupu dia :) baik anak ummi...:) nanti ummi buat yg baru ya.:)
29 DEC 2011 - 7 JAN 2012
felt : 30%
ribbon : 20%
yarn : 11- 15%
fabric : 25%
Assalamualaikum....alhamdulillah Allah masih berikan kita nyawa & menikmati satu lagi hari dalam kehidupan kita.
apa cerita hari ini? saya nak cerita tentang needle case untuk circular needle yang saya telah siapkan kelmarin. Hari ini baru sempat upload gambar.

inilah rupa dalam dengan pelbagai saiz circular needle. saya buat 3 poket. satu poket untuk 40cm & 60 cm, yang tengah untuk 80 cm & acessories & dihujung untuk 100cm ke atas.
semuanya hasil jahitan tangan ya...100% kerja tangan pu3. :)

ini gambar rupanya tanpa jarum2.

boleh tutup! memang buat supaya boleh tutup agar jarum2 & accessories tidak berterabur.

ini rupanya jika dilipat. Saya letakkan ribbon supaya boleh diikat. kalau letak butang takut cepat tercabut atau jika barangnya dah banyak, xboleh nak tutup. :)
Semoga ini dapat memberi inspirasi kepada rakan2 yang belum ada needle case untuk simpan jarum sama ada crochet hook atau knit needle. :)
Selamat mencuba.
Oh ya, sila share hasil tangan anda di ruangan komen saya ya :)
Hujung minggu jalan2 cari benang....yuhuuu!!

x tau lagi nak buat apa dengan benang ni...rasanya cam nak buatkan baju maryam. pattern apa x tau lagi.

yang ini?? ini cabaran dari cik abang sayang. dia cabar knit dress!! wah!! mati la...mana la aku tau. xpe2...cabaran kena disahut. barulah adventure sikit!
Tapi...camna nak buat????