Monday, December 27, 2010

CROCHET : Bekas air Maryam

Assalamualaikum...

bekas air Maryam dah hilang...sekali dengan sarung bekas airnya sekali.
Bila dah beli baru...kena la buat sarung bekas air yg baru.



merah kuning menyerlah. Maryam yg pilih sendiri warna ni. Nak jugak walaupun ummi kata striking sangat.

abaikan latar belakang tu ya? itu adalah segala khazanah craft & kain2 untuk kraf. Felt di bahagian lain.

Huhu...penuh rumahku dengan benda2 kraf ni..kekadang rasa nak let go je...nak duduk diam2. jangan nak penuhkan tangan dengan pelbagai benda. setiap masa, ada je benda di tangan. x anak, kraf. x kraf, memasak. x memasak, mengemas rumah. apa cerita? hm..namanya pun ibu di rumah kan? hehe...



close up...

guna cara jahitan double crochet je. sangat simple. benang : cotton.



atas ada rambu2 bunga sikit.

Sekarang ni, tengah nak siapkan tempahan ida...3 bekas air & nama guna cross stitch.

tunggu gambarnya nanti ya? :)

take care.

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.