Monday, February 28, 2011

tempahan : waida & syikin

Assalamualaikum...

tempahan dari Waida & syikin.

Crochet headband with flower brooch.










Thursday, February 24, 2011

LAYAN!

Assalamualaikum...

Semakin banyak barang masuk kedai, semakin xde tempat nak letakkan stok. camna nak buat e? toing...idea mari.

Memang dah lama nak beli tempat gantung2 display barang ni. Tercapai gak. Tapi ni kira kes sebulan lepas la. Lama dah beli baru nak update gambar. hehe.

Terajin punya pasal, siap buat label lagi di setiap item. amacam? cute x?

Ops...gambar2 ini adalah sebahagian cuma. Yang lain, ada yg dalam kotak, ada yang belum dipacking.

jom tengok gambar...


button cover, suction cup, magnet, foam sheet....bla bla



getah rambut, hairclip, aligator clip,keyring...bla bla...



hp strap ring & clasp, pin brooch...bla bla...



close up sikit.....cute kan?



new item...juga kasi close up...


Apa lagi...jom la borong....:)


Rasa cam bukak premis lak bila beli menatang ni...hehe


Wednesday, February 16, 2011

Tutorial: Fixing drop stitch

Assalamualaikum....


Alhamdulillah...syukur pada Allah kerana aku di kelilingi oleh orang2 yg baik hati & tidak kedekut ilmu. Betul! Sebenarnya....setiap apa yg kita hadapi setiap hari dalam kehidupan kita adalah proses menuntut ilmu. Terpulang pada kita sama ada untuk menadah @ menelan ilmu yg bermanfaat atau tidak. :)


ok...x mau cerita panjang.





Semalam, saya ada minta satu tutorial di blog seorang sahabat yg amat bagus skill mengaitnya -mengait 2 jarum - knit. (Mengait satu jarum baru belajar eh dik....xpe....tengok hasil dah bagus dasat.) :)

Ops lupa, namanya ERY - tuan punya Da' Knit.

Saya minta ery ajarkan cara untuk betulkan knit bila kita terlepas benang.

Saya belum pro lagi. Baru sangat2 belajar knit....4 basic dah pas.




Hasil 'berterusan' (beg, sock, topi dll) belum menjadi lagi. Tersangat2 sibuk. Betul! Siapa kata suri rumah tak sibuk. Dengan tambahan macam2 urusan lagi....nak nangis!! Ni pun ada orang minta tempahan headband terpaksa di tolak. Ada satu je lagi, Waida punya - tu pun sebab kawan. Sib baik dia nak satu je. Terpaksa di tepis kiri & kanan. Hiyah...hiyah....fuh!

Ops....curhat (curahan hati) pulak. Gara2 borak dengan indon...terkenan bahasa diorang. (Saya x tengok sinetron....dah lama x tengok tv...x bagus!)

ok....tutorialnya boleh dipelajari di SINI.

Jom belajar!!

TQ ERY



Thursday, February 10, 2011

tutorial: denim case - simple!

Assalamualaikum...

apa khabar semua. jom kita try buat satu hasil tangan yg cukup simple & mudah.


Teknik jahitan : insang pasti

cara menjahit : jahitan tangan



masa dihasilkan :

- jahitan tangan : 20-30 minit

-jahitan mesin : 10 minit.



Bahan- bahannya:



gunting, jarum, benang, zip & satu bahagian kaki seluar jeans yg dah x pakai.





Cara-caranya:




biarkan bahagian hujung kaki yg sudah berjahit. Di bahagian satu lagi, lipat dua kali untuk 'simpan' bulu2 di hujung kain. kalau guna jahitan mesin, boleh jahit tepi.




guna jahitan insang pari.



ini hasil setelah dijahit.


kemudian,


mulakan menjahit zip di bahagian bawah kaki jeans yg sudah siap berjahit.




juga guna teknik jahitan insang pari. letakkan zip di bahagian tengah & jahit kedua2 bahagian tepi zip.



hasil setelah zip siap dijahit.



kemudian, di bahagian hujung berbulu yg telah dijahit, lipatkannya ke dalam.



seperti ini. Jelas x?



Kemudian, (banyaknya kemudian...hehe).. jahit hujung bahagian yg telah dilipatkan ke dalam tadi.




tada...siap! ini rupa di bahagian luar.

boleh letakkan pelbagai hiasan mengikut kreativiti anda.

disebabkan case ini untuk cik abg saya, jadi, tiada sebarang hiasan akan diletakkan. hehe..





ini rupa di bahagian dalam. secara x langsung, bila kita lipatkan satu bahagian ke dalam, kita akan dapat 3 ruang di dalamnya.



Semoga dapat dimanfaatkan.

selamat mencuba :)

Monday, February 7, 2011

1ST QUILLING

Assalamualaikum...





Cuba bidang lain pulak. Ok x hasil pertama saya? Try yg simple2 dulu.

Yang membuatkan nak nangis....elok2 dah siap. Abduh buat main. Biar je dulu tengok dia nak buat apa. Sekali masuk mulut! Huwah!! Dah comot!

sabar je la...nanti buat lagi yg lain.




Saturday, February 5, 2011

NEW YARN

Assalamualaikum, hi semua....bagaimana cuti? Orang raya...kita pun sibuk beraya e? :)


ok...saya nak update benang terbaru untuk projek crochet & knit anda.

Layan gambar..

















& banyak lagi.

Berminat? sila ke PU3 CRAFT


jumpa di sana :)

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.