Thursday, June 24, 2010

GETAH RAMBUT @ HAIR SCRUNCHIES



Assalamualaikum,

kembali bertemu..

Kisahnya, saya ambil tempahan utk jahit getah rambut dari kain ni. Sebelum ni wanie tempah dengan kuantiti yg banyak. Pastu, ada lebihan kain, simpan dulu katanya. Nanti akan datang nak tempah lagi.

Tup tup bulan lepas, dia kata, yg baki kain tu tolong buatkan getah rambut utk kanak2. Ok kataku...pastu..hamik ko...mesin jahit "tidak dapat dihubungi" (KO la)...huhu....saya pun mula fikir...camna ye? cian wanie nak tunggu siap. Saya pun amik keputusan untuk jahit tangan. Senang jugak. Tapi guna mesin lagi cepat siap la. Yang pentingnya, kita nikmati hasil kerja tangan sendiri sambil otak mengimbau kenangan2 & dok pikir apa lagi keje yang x buat lagi ni....hehehe

Alhamdulillah...akhirnya...siap tempahan wanie.

Ingat nak buatkan la utk korang satu TUTORAIL jahit tangan utk hair scrunchies ni...nak x? Sape nak angkat tangan!!! :)



Wednesday, June 23, 2010

My Lovely Ribbons N Laces GA



JOM JOIN RAMAI2!!

LUV U!!

Here are the instructions on how to join this giveaway:-
1- This giveaway is for followers ONLY.(Become follower if you are not)
2- Publish the news in a post in your blog. (You can use the picture above.)
3- Link My Lovely Ribbons N Laces in your blog list.
4- Send an email to me saying that u r joining the giveaway. If there is any problem with the email, just leave a message in the shoutbox saying that u r joining the giveaway.

The giveaway will end on 30th of June 2010.

The winner will be announced on the 1st of July.

Thursday, June 17, 2010

HEXA - SELIMUT/ ALAS MAKAN/ SAPERAH

Salam, setelah seminggu bercuti2 Malaysia....

dari Greece Silver (Gerik, Perak..hehehe) ke Kota Bharu ke Kuala Terengganu ke Cherating ke Kuantan. Kembali ke KL. huhu....letih. Tapi dah lali dengan perjalanan jauh2. Cerita ni kita simpan dulu ke next entry ye.....la ni kita nak cite tentang projek hexagon saya setahun beberapa bulan lepas...

AKHIRNYA!! BERJAYA DISIAPKAN!!


Kalo korang masih ingat....ha...sekian lama.

Ingat nak habiskan dengan hexagon di seluruh bahagiannya. Virus M (for malas) sudah mari...tunggu punya tunggu...tangguh punya tangguh...dah setahun lebih, mood pun dah xde. Last2....kita jahit & jadikan dia camni:




ok x? cantik x?



yang ni bahagian hexagonnya.



Ini setelah sedikit cantuman dengan hexa pink, berlatar belakangkan kain kotak2 maroon & line tepi kain warna hitam.

Huhu....haru betul nak mengabihkan projek ni. Tak nak dah buat lagi....(yg saiz hexa kecik la...mana boleh tahan kalo tengok dah jadi hasilnya xnak buat yg lain lak kan? heheh). Kalo nak buat lagi, nak buat hexanya gedabak2 besar. Baru cepat siap. Jahit pakai mesin je. Kalo kecik2 ni jahit pakai tangan lagi cantik & senang.

Kalo korang ada komen @ nak share projek2 yg pernah korang hasilkan ngan hexagon, linkkan kat bahagian komen e? Boleh share tengok & belajar dgn org lain gak kan?

:)

Thursday, June 10, 2010

CINTA DAN SEKS TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

sedikit pembacaan yg ingin saya kongsikan bersama.

Dinukil dari : http://an-nawawi.blogspot.com


Saya sendiri masih tidak dapat memastikan benarnya tajuk yang saya letakkan di atas. Namun, apa yang saya ingin tuliskan adalah sekadar pandangan peribadi saya melalui beberapa siri pemerhatian dan pembacaan secara rawak sahaja.


Dalam persoalan ini, diketahui secara umumnya dan fitrah bahawa setiap manusia itu dikurniakan dengan nafsu cinta dan syahwat, serta nafsu seks terhadap individu yang belawanan jantina. Iaitu lelaki memiliki perasaan/keinginan terhadap wanita dan begitulah sebaliknya wanita juga memiliki keinginan kepada kehadiran lelaki dalam hidupnya. Atau dalam kata lain, disebut sebagai keperluan biology. Dan jika ada kelompok yang terkeluar dari fitrah ini, itu adalah abnormal yang perlu kepada beberapa kajian khas yang lainnya.


Wajarlah diketahui bahawa syahwat dan perasaan cinta terhadap individu berlainan jenis itu adalah merupakan nikmat dan anugerah pemberian Allah yang memiliki sifat maha kasih dan penyayang. Yang mana, Dia memberikan kepada kita kenikmatan hidup dalam keadaan saling berkasih sayang dan aman bahagia. Sifat ini memiliki banyak sekali faedah dan hikmahnya kepada diri setiap insan itu sendiri. Antara lain adalah bagi memenuhi dan memelihara kelangsungan hidup manusia di muka bumi-Nya sehingga kepada waktu yang telah ditetapkan-Nya.


Demikian juga, agar manusia berupaya merasakan kenikmatan, dengan fitrah biology yang diberi itu, dapatlah ia membandingkan kenikmatan dunia dengan kenikmatan kehidupan di akhirat. Dalam sudut pandang yang lain pula, ia menjadi sebagai titik ujian kepada manusia itu sendiri dalam menjalani hidup di muka bumi ini dengan taat menitipi hukum-hukum dari-Nya.


Persoalan cinta lelaki dan wanita, fitrah keinginan yang berasal dari nafsu kurniaan Ilahi ini, maka dua inidividu berlainan jantina ini akan sentiasa tertarik di antara satu dengan yang lain berdasarkan fasa waktu kiraan biology yang telah ditetapkan. Ini adalah berdasarkan dari titik kematangan dalam diri masing-masing yang dipengaruhi oleh banyak faktor sama ada faktor biology dan hormon, mahupun faktor persekitarannya di mana dia berada.


Dalam persoalan ini, Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (Surah Ali Imran 3: 14)


Namun, harus diketahui juga, dalam persoalan seperti ini, banyak sekali catatan kehidupan manusia yang telah memperlihatkan kepada kita bahawa akibat perasaan cinta dan seks ini gagal dikawal, maka pelbagai fitnah telah melanda kepada kehidupan mereka.

Antaranya adalah kerana mereka gagal menuruti hukum-hukum Allah yang turut diturunkan bersama-sama dengan fitrah tersebut bagi menggarisi dan membatasi cinta dan keinginan nafsu seks kurniaan Ilahi tersebut.


Dalam hal ini, Nabi s.a.w. ada menyatakan di dalam sabdanya (maksudnya):

Tidaklah aku meninggalkan fitnah, setelah aku (wafat), yang lebih berbahaya ke atas diri lelaki itu daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5096, Muslim no. 2740)


Jika kita lihat ke dalam fenomena semasa, sememangnya diakui walaupun tanpa melihat kepada fakta-fakta statistic. Di mana fitnah percampuran serta pergaulan lelaki dengan wanita memang jelas sukar dielakkan. Malah, mereka bebas bergaulan sesama sendiri tanpa mengerti sebenarnya di sana ada batas yang perlu dipatuhi dan difahami untuk sentiasa diikuti.


Fitnah-fitnah ini melanda dengan begitu hebat sekali di zaman ini. Mungkin, inilah sebagai suatu tanda bahawa benarnya sabda-an Baginda Rasulullah s.a.w. tadi. Tidak kira sama ada ianya berlaku/berlangsung di pasar-pasar, tepat terbuka, di tempat-tempat melepak, atau pun di kampus-kampus universiti pengajian ilmu yang dimiliki oleh ratusan pelajar muslim dan beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam, corak pergaulan mereka saling menyamai sahaja. Yang mana, lelaki dan wanita begitu bebas bergaul sesama mereka.


Malah, suatu budaya yang cukup sinonim kepada para remaja kita masa kini adalah budaya berpasangan/berpacaran di antara lelaki dan wanita tanpa sebarang ikatan nikah yang sah. Dengan setakat hubungan yang dinamakan “Aku Cinta Kau” dan “Kau Cinta Aku”, maka bahawasanya telah ter-DECLARE-lah bahawa kita adalah saling memiliki sesama kita. Iaitu “aku milik kau” dan “kau adalah milikku”. Sebegitu mudah ikatan yang mereka ciptakan dan hukum yang mereka gubal untuk diri mereka dalam berhubungan dengan pasangan berlainan jantina mereka.


Maka, begitu jelas sekali bahawa fitnah seks ini melanda dengan begitu parah di dalam masyarakat kita hari ini. Budaya berpeleseran bagi tujuan memenuhi hawa nafsu sesama jantina sudah menjadi rutin harian, mingguan, mahupun bulanan. Budaya aku pegang kau, dan kau pegang aku bukan lagi perkara aneh bagi setiap kali sesi pertemuan. Malah, itu adalah rutin biasa setiap kali dua jantina ini berjanji-temu. Malah, banyak lagi adegan yang lebih “menarik” dan “menyeronokkan” untuk mereka lakukan bersama-sama bila setiap kali mengadakan pertemuan, apatah lagi jika pertemuan itu hanya melibatkan dua individu berlainan jantina sahaja. Maka, ibarat dunia ini mereka yang punya. Dunia yang hiruk pikuk ini mampu menjadi syurga buat mereka. Lantaran kerana mereka ditenggelami hawa nafsu yang gagal mereka kawal. Makanya, berpegangan tangan bukanlah lagi perkara yang aneh, malah perlu ditambahi lagi dengan perisa-perisa (keghairahan) yang lainnya. Kerana hanya dengan pegang-pegang tangan, mana mungkin cukup!


Makanya, ditambahilah dengan aktiviti raba itu dan raba ini. Cium sana, dan cium sini. Pandang yang itu, dan mahu pandang yang ini pula. Akhirnya, semua itu menjadikan belum cukup nikmat dan tidak mampu lagi menampung gelojak nafsu seks kurniaan Ilahi yang sentiasa dipupuk/ditarbiyah berdasarkan kaedah di luar normal. Makanya, zina pun berlangsung tanpa disedari oleh minda yang waras.


Tahukah kalian, bahawasanya semua ini telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. sejak lama dahulu di dalam kitab-Nya iaitu melalui firman-Nya yang maksudnya:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (Surah al-Isra’ 17: 32)


Namun, akibat ramai di kalangan masyarakat masa kini meninggalkan kitab suci mereka, makanya hal ini gagal difahami dan dimengerti dengan sebaiknya.


Padahal Allah s.w.t. telah juga menyatakan bahawa di antara lelaki dan wanita itu, hendaknya sentiasa menundukkan padangan sesama mereka melalui kalam-Nya di dalam surah an-Nuur ayat yang ke 30 dan 31. Jika pandangan pun perlu ditundukkan dan dilunakkan dari terus menikmati lazatnya memandang individu berlawanan jantina di antara mereka, makanya apatah lagi akan “nikmatnya” memegang dan meraba.


Kerana hal ini yang gagal difahami, makanya sememangnya nafsu itu pulalah yang akan memandu perjalanan peribadi hidup mereka. Hidup mereka seolah-olah telah men-DECLARE-kan bahawasanya hukum-hukum Tuhan yang wujud itu tidak perlu lagi dipatuhi apabila mereka juga men-DECLARE-kan bahawa perhubungan cinta mereka sudah cukup suci untuk menghalalkan pegang-pegang dan raba-raba... sehinggakanlah kepada adegan peluk sapa erat!...


Tapi, syukur jugalah, kerana ramai yang masih mampu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat setelah mana anak luar nikah mula bercambah di dalam dasar rahim sang wanitanya. Namun, masih juga ramai yang tidak merasa azab tersebut, dan segera menambah lagi azab untuk mencari nikmat yang baru iaitu dengan melakukan abortion, dan adegan ranjang sebelumnya sentiasa mahu dirasa lantaran ketagihan.


Dalam persoalan nafsu seks dan cinta ini, hakikatnya mudah! Jika benarlah anda saling mencintai dengan penuh nilai keikhlasan dan kejujuran, sudah pasti anda akan sentiasa menjauhi perbuatan terlarang dan jijik itu. Begitulah juga, sudah pasti anda tidak sanggup melihatkan pasangan yang anda kasihi itu untuk diperlakukan dengan perbuatan yang jelas dilarang oleh fitrah tabi’i manusia yang normal, juga yang lebih utama adalah panduan dari kalam Tuhan kita.


Mana mungkin seorang yang ikhlas sanggup memberlakukan anda dengan adegan-adegan ghairah dan seks tanpa nikah. Ini tidak lain, hanya nafsu yang memenuhi jiwa dan raga di antara mereka berdua. Iaitu bukanlah cinta suci dari lubuk hati yang dilandasi agama yang tulin lagi murni.


Indahnya Islam, bahawasanya agama ini tidak pernah menghalangi perasaan cinta dan kemahuan nafsu seks yang fitrah ini. Makanya, dalam persoalan ini... Islam menebarkan laluan yang seluas-luasnya untuk kita menyalurkan perasaan tersebut melalui jalan yang sedia diketahui umum iaitu perkahwinan (ikatan pernikahan).


Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Surah ar-Ruum 30: 21)


Di dalam medan perkahwinan anjuran Islam inilah, makanya sebagai wadah serta wasilah yang memberi ruang yang sebaik-baiknya untuk insan bergelar lelaki dan wanita yang saling mencintai, mengasihi dan memiliki perasaan di antara mereka untuk menyemai dan mencurahkan segala keperluan tabi’i seks mereka dengan penuh kemurnian dan kejujuran... Di sinilah medannya untuk membuktikan dan meluahkan segala yang terbuku di sanubari. Suatu jalan yang murni dari panduan suci kalam yang Maha Agong dan juga khazanah Sunnah Nabi-Nya
.


Malah, Allah s.w.t. ada menyatakan (yang maksudnya):

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu (antaranya)… orang-orang yang menjaga kemaluannya kecuali terhadap isteri-isteri mereka… (rujuk Surah al-Mukminum 23: 1-6)


Di dalam sabda Rasulullah s.a.w. juga ada dinukilkan hal ini, iaitu hubungan yang halal itu adalah berpahala, bagi menggantikan hubungan yang terlarang yang mengakibatkan dosa. Makanya, curahkanlah keinginan anda itu melalui jalan/saluran yang halal.


Hal tersebut adalah seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w. ini (maksudnya):

... persetubuhan salah seorang dari kalian dengan isterinya adalah sedekah.”
Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah salah seorang dari kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”


Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kalian seandainya dia melampiaskan syahwatnya kepada hal yang haram, apakah dia mendapatkan dosa? Maka demikian pula jika ia melampiaskannya kepada hal yang halal, maka dia mendapatkan pahala.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1006)


Perlu diingat, yang membezakan cinta dan seks yang halal dengan yang haram itu adalah perkahwinan (pernikahan). Kalau anda mahukan cinta dan keinginan fitrah anda dipenuhi, makanya... perkahwinan lah jalannya. Bukan raba-raba, pegang-pegang, cium-cium, di ruang-ruang yang tidak sewajarnya dilakukan bagi manusia yang waras yang jelas berbeza dari haiwan dan binatang.

Tuesday, June 8, 2010

HASILAN DALAM 2 JAM

Assalamualaikum ..bertemu kembali.

Hasil2 di bawah ni telah berjaya saya siapkan dlm masa 2 jam. Waktu berlangsung dari 12 tgh malam hingga 2 pagi. Huhu.

Al-Kisahnya...nak mengemas barang2 nak balik KL. Dah tengah2 malam ni, xde gangguan...hehe..teruskan la niat yg mmg dah terrrrrrlalu lama tergendala.

Amacam? Cantik x? Ada sesiapa nak tempah? Boleh ke kedai e?Hahaha


HAIRCLIP UTK MARYAM....pakai kejap, pastu dia bukak. Sabo je la. Masa dapat punya excited nak pakai.
Material : dari organza, button & clip



BOOKMARK dr batang aiskrim. Mesti la tulis nama sendiri...dah haku yg punya...kui kui. Tanda ingatan utk diri sendiri ni...banyak lagi buku nak habiskan. Tergendala sahaja pembacaanku!! Geram tul.



Yg ni hairclip guna aligator clip. Dah selamat sampai pd anak jiran kat Melaka, Zahirah namanya. Suka betul budak kecik tu... :)



Yang ni pulak pin booch.



Lastly....cekak rambut Maryam. Suka sangat!! Maryam pakai masa pegi kenduri kat Johor. Cute nampaknya. Huhu..puji sendiri tu...


Jika ada yg berminat, boleh ke KEDAI saya untuk tempahan ye?


:)





Wednesday, June 2, 2010

Zainab binti Jahsy radhiallahu ‘anha

Pernikahan Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam dengan Zainab binti Jahsy didasarkan pada perintah Allah sebagai jawaban terhadap tradisi jahiliah. Zainab binti Jahsy adalah istri Rasulullah yang berasal dan kalangan kerabat sendiri. Zainab adalah anak perempuan dan bibi Rasulullah, Umaimah binti Abdul Muththalib. Beliau sangat mencintai Zainab.


Nasab dan Masa Pertumbuhannya

Nama lengkap Zainab adalah Zainab binti Jahsy bin Ri’ab bin Ya’mar bin Sharah bin Murrah bin Kabir bin Gham bin Dauran bin Asad bin Khuzaimah. Sebelum menikah dengan Rasulullah, namanya adalah Barrah, kemudian diganti oleh Rasulullah menjadi Zainab setelah menikah dengan beliau. Ibu dari Zainab bernama Umaimah binti Abdul-Muthalib bin Hasyim bin Abdi Manaf bin Qushai. Zainab dilahirkan di Mekah dua puluh tahun sebelurn kenabian. Ayahnya adalah Jahsy bin Ri’ab. Dia tergolong pernimpin Quraisy yang dermawan dan berakhlak baik. Zainab yang cantik dibesarkan di tengah keluarga yang terhormat, sehingga tidak heran jika orang-orang Quraisy rnenyebutnya dengan perempuan Quraisy yang cantik.

Zainab termasuk wanita pertarna yang memeluk Islam. Allah pun telah menerangi hati ayah dan keluarganya sehingga memeluk Islam. Dia hijrah ke Madinah bersama keluarganya. Ketika itu dia masih gadis walaupun usianya sudah layak menikah.


Pernikahannya dengan Zaid bin Haritsah

Terdapat beberapa ayat A1-Qur’an yang mernerintahkan Zainab dan Zaid melangsungkan pernikahan. Zainab berasal dan golongan terhormat, sedangkan Zaid bin Haritsah adalah budak Rasulullah yang sangat beliau sayangi, sehingga kaum muslimin menyebutnya sebagai orang kesayangan Rasulullah. Zaid berasal dari keluarga Arab yang kedua orang tuanya beragama Nasrani. Ketika masih kecil, dia berpisah dengan kedua orang tuanya karena diculik, kemudian dia dibeli oleh Hakam bin Hizam untuk bibinya, Khadijah binti Khuwailid r.a., lalu dihadiahkannya kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam.

Ayah Zaid, Haritsah bin Syarahil, senantiasa mencarinya hingga dia mendengar bahwa Zaid berada di rumah Rasulullah. Ketika Rasulullah menyuruh Zaid memilih antara tetap bersama beliau atau kembali pada orang tua dan pamannya, Zaid berkata, “Aku tidak menginginkan mereka berdua, juga tidak menginginkan orang lain yang engkau pilihkan untukku. Engkau bagiku adalah ayah sekaligus paman.” Setelah itu, Rasulullah mengumumkan pembebasan Zaid dan pengangkatannya sebagai anak. Ketika Islam datang, Zaid adalah orang yang pertama kali memeluk Islam dari kalangan budak. Dia senantiasa berada di dekat Nabi, terutama setelah dia rneninggalkan Mekah, sehingga beliau sangat mencintainya, bahkan beliau pernah bersabda tentang Zaid,

“Orang yang aku cintai adalah orang yang telah Allah dan aku beri nikmat. (HR. Ahmad)

Allah telah memberikan nikmat kepada Zaid dengan keislamannya dan Nabi telah memberinya nikmat dengan kebebasannya. Ketika Rasulullah hijrah ke Madinah, beliau mempersaudarakan Zaid dengan Hamzah bin Abdul Muththalib. Dalam banyak peperangan, Zaid selalu bersama Rasulullah, dan tidak jarang pula dia ditunjuk untuk menjadi komandan pasukan. Tentang Zaid, Aisyah pernah berkata, “Rasulullah tidak mengirimkan Zaid ke medan perang kecuali selalu menjadikannya sebagai komandan pasukan, Seandainya dia tetap hidup, beliau pasti menjadikannya sebagai pengganti beliau.”

Masih banyak riwayat yang menerangkan kedudukan Zaid di sisi Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam.. Sesampainya di Madinah beliau meminang Zainab binti Jahsy untuk Zaid bin Haritsah. Semula Zainab membenci Zaid dan menentang menikah dengannya, begitu juga dengan saudara laki-lakinya. Menurut mereka, bagaimana mungkin seorang gadis cantik dan terhormat menikah dengan seorang budak? Rasulullah menasihati mereka berdua dan menerangkan kedudukan Zaid di hati beliau, sehingga turunlah ayat kepada mereka:

“Dan tidaklah patut bagi laki -laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.“ (Q.S. Al-Ahzab: 36)

Akhirnya Zainab menikah dengan Zaid sebagai pelaksanaan atas perintah Allah, meskipun sebenarnya Zainab tidak menyukai Zaid. Melalui pernikahan itu Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam. ingin menunjukkan bahwa tidak ada perbedaan di antara manusia kecuali dalam ketakwaan dan amal perbuatan mereka yang baik. Pernikahan itu pun bertujuan untuk menghilangkan tradisi jahiliah yang senang membanggakan diri dan keturunan. Akan tetapi, Zainab tetap tidak dapat menerima pernikahan tersebut karena ada perbedaan yang jauh di antara mereka berdua. Di depan Zaid, Zainab selalu membangga-banggakan dirinya sehingga menyakiti hati Zaid. Zaid menghadap Rasulullah untuk mengadukan perlakukan Zainab terhadap dirinya. Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam. menyuruhnya untuk bersabar, dan Zaid pun mengikuti nasihat beliau. Akan tetapi, dia kembali menghadap Rasulullah dan menyatakan bahwa dirinya tidak mampu lagi hidup bersama Zainab.

Mendengar itu, beliau bersabda, “Pertahankan terus istrimu itu dan bertakwalah kepada Allah.” Kemudian beliau mengingatkan bahwa pernikahan itu merupakan perintah Allah. Beberapa saat kemudian turunlah ayat, “Pertahankan terus istrimu dan bertakwalah kepada Allah.” Zaid berusaha menenangkan din dan bersabar, namun tingkah laku Zainab sudah tidak dapat dikendalikan, akhirnya terjadilah talak. Selanjutnya, Zainab dinikahi Rasulullah.

Prinsip dasar yang melatarbelakangi pernikahan Rasulullah dengan Zainab binti Jahsy adalah untuk menghapuskan tradisi pengangkatan anak yang berlaku pada zaman jahiliah. Artinya, Rasulullah ingin menjelaskan bahwa anak angkat tidak sama dengan anak kandung, seperti halnya Zaid bin Haritsah yang sebelum turun ayat Al-Qur’an telah diangkat sebagai anak oleh beliau. Allah Subhanahu Wa Ta’ala berfirman,

“Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapak-bapak mereka,’ itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapak-bapak mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudara seagama dan maula-maulamu.” (QS. Al-Ahzab:5)

Karena itu, seseorang tidak berhak mengakui hubungan darah dan meminta hak waris dan orang tua angkat (bukan kandung). Karena itulah Rasulullah menikahi Zainab setelah bercerai dengan Zaid yang sudah dianggap oleh orang banyak sebagai anak Muhammad. Allah telah menurunkan wahyu agar Zaid menceraikan istrinya kemudian dinikahi oleh Rasulullah. Pada mulanya Rasulullab tidak memperhatikan perintah tersebut, bahkan meminta Zaid mempertahankan istrinya. Allah memberikan peringatan sekali lagi dalam ayat:

“Dan (ingatlah), ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu (juga) telah memberi nikmat kepadanya, ‘Tahanlah terus istrimu dan bertakwalah kepada Allah, ‘sedang kamu menyembunyikan dalam hatimu apa yang Allah akan menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah- lah yang lebih berhak untuk kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah mengakhiri keperluan terhadap istrinya (menceraikannya), Kami kawinkan kamu dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mukmin untuk (mengawini) istri-istri anak- anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah menyelesaikan keperluan daripada istrinya. Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi.“ (QS. Al-Ahzab:37)

Ayat di atas merupakan perintah Allah agar Nabi Shallallahu Alaihi Wassalam. menikahi Zainab dengan tujuan meluruskan pemahaman keliru tentang kedudukan anak angkat.


Menjadi Ummul-Mukminin

Rasulullah Shallallahu Alaihi Wassalam. mengutus seseorang untuk mengabari Zainab tentang perintah Allah tersebut. Betapa gembiranya hati Zainab mendengar berita tersebut, dan pesta pernikahan pun segera dilaksanakan serta dihadiri warga Madinah.

Zainab mulai memasuki rurnah tangga Rasulullah dengan dasar wahyu Allah. Dialah satu-satunya istri Nabi yang berasal dan kerabat dekatnya. Rasulullah tidak perlu meminta izin jika memasuki rumah Zainab sedangkan kepada istri-istri lainnya beliau selalu meminta izin. Kebiasaan seperti itu ternyata menimbulkan kecemburuan di hati istri Rasul lainnya.

Orang-orang munafik yang tidak senang dengan perkembangan Islam membesar-besarkan fitnah bahwa Rasulullah telah menikahi istri anaknya sendiri. Karena itu, turunlah ayat yang berbunyi,

“Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapak dari seorang laki-laki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup nabi-nabi…. “ (Qs. Al-Ahzab: 40)

Zainab berkata kepada Nabi, “Aku adalah istrimu yang terbesar haknya atasmu, aku utusan yang terbaik di antara mereka, dan aku pula kerabat paling dekat di antara mereka. Allah menikahkanku denganmu atas perintah dan langit, dan Jibril yang membawa perintah tersebut. Aku adalah anak bibimu. Engkau tidak memiliki hubungan kerabat dengan mereka seperti halnya denganku.” Zainab sangat mencintai Rasulullah dan merasakan hidupnya sangat bahagia. Akan tetapi, dia sangat pencemburu terhadap istri Rasul lainnya, sehingga Rasulullah pernah tidak tidur bersamanya selama dua atau tiga bulan sebagai hukuman atas perkataannya yang menyakitkan hati Shafiyyah binti Huyay bin Akhtab wanita Yahudiyah itu.

Zainab bertangan terampil, menyamak kulit dan menjualnya, juga mengerjakan kerajinan sulaman, dan hasilnya diinfakkan di jalan Allah.


Wafatnya

Zainab binti Jahsy adalah istri Rasulullah yang pertama kali wafat menyusul beliau, yaitu pada tahun kedua puluh hijrah, pada masa kekhalifahan Umar bin Khattab, dalarn usianya yang ke-53, dan dimakamkan di Baqi. Dalarn sebuah riwayat dikatakan bahwa Zainab berkata menjelang ajalnya, “Aku telah rnenyiapkan kain kafanku, tetapi Umar akan mengirim untukku kain kafan, maka bersedekahlah dengan salah satunya. Jika kalian dapat bersedekah dengan sernua hak-hakku, kerjakanlah dari sisi yang lain.” Sernasa hidupnya, Zainab banyak mengeluarkan sedekah di jalan Allah.

Tentang Zainab, Aisyah berkata, “Semoga Allah mengasihi Zainab. Dia banyak menyamaiku dalarn kedudukannya di hati Rasulullah. Aku belum pernah melihat wanita yang lebih baik agamanya daripada Zainab. Dia sangat bertakwa kepada Allah, perkataannya paling jujur, paling suka menyambung tali silaturahmi, paling banyak bersedekah, banyak mengorbankan diri dalam bekerja untuk dapat bersedekah, dan selalu mendekatkan diri kepada Allah. Selain Saudah, dia yang memiliki tabiat yang keras.”

Semoga Allah memberikan kemuliaan kepadanya (Sayyidah Zainab Binti Jahsy) di akhirat dan ditempatkan bersama hamba-hamba yang saleh. Amin.


Sumber: Buku Dzaujatur-Rasulullah , karya Amru Yusuf, Penerbit Darus-Sa’abu, Riyadh

Diambil dari : http://ahlulhadist.wordpress.com/2007/09/28/zainab-binti-jahsy-radhiallaahu-anha/

Dinukil daripada : http://abihumaid.wordpress.com

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.