Friday, July 9, 2010

TUTORIAL (JAHITAN TANGAN) - GETAH RAMBUT @ HAIR SCRUNCHIES

Bismillah...

Assalamualaikum semua...

hari ini akan saya kotakan janji saya utk buat tutorial GETAH RAMBUT @ HAIR SCRUNCHIES dengan jahitan tangan ...(NO MACHINE!)

Ops...terlupa nak beritahu...saya catatkan tutorial ni beserta gambar langkah demi langkah. Pembelajaran kali ini adalah lebih kepada rakan2 yg baru belajar....yg dah pro boleh cepat faham kot. :)

Sedia? Kita mulakan.



Comel x kain corak itik ni :)

1) pertamanya, kita potong kain sepanjang mana yg dikehendaki. Selalunya saya akan potong 1 meter panjang utk dapatkan ropol2 yg besar & banyak. Lebarnya ikut ukuran yang kita nak. Kalau untuk dewasa dalam 10 cm. Untuk kanak2 dalam 5-6 cm. Apa pun bergantung pd individu.




2) Kain tadi dilipat dua dengan bahagian depan mengadap antara satu sama lain. maknanya, kita akan jahit di bahagian dalam.




3) Di salah satu bahagian hujung, lipatkan sedikit. Kenapa? Jangan banyak tanya...ikut saja...hehe




4) Ini hasil lipatan tadi. Dapat x? ok...teruskan pd gambar berikutnya.




5) Mulakan menjahit.








6) Teknik jahitan yg digunakan adalah jahitan kia...tau x? ish...belajar kemahiran hidup kan?
x tau mai saya ajarkan..tgk di gambar. masuk di titik A, keluar di titik C, masuk semula ke titik B & ulang semula langkah jahitan ni.

x faham jugak? mai tengok kat sini




7) ye...betul..betul...teruskan jahitan sehingga akhir.




8) Habis dah jahit? ok...kita akan terbalikkan kain yg sudah dijahit seperti tiub ni.
Bagaimana?
Sematkan pin ke salah satu sisi kain (seperti gambar di bawah).




Jelas?




9) ok...teruskan tolak pin ke hujung.




10) tarra....dah jumpa jalan keluar pin tu. & kain kita pun dah kembali ke bahagian depannya.




11) Kemudian, kita sematkan pin ke getah elastik kita.




12) Masukkan ke dalam kain melalui lubang tadi.




13) Teruskan...teruskan...sehingga akhir kain.




14) Sekali lagi pin sudah menemui jalan keluar. Yey!!




15 ) Pegang di kedua-dua hujung getah elastik tu. Jika tidak....getah anda akan termasuk semula. Kita akan menarik kain kita supaya terhasil kedutan.




16 ) Dah dapat banyak mana kedutan yg kita nak? ok...kita teruskan ke langkah berikutnya. Pastikan anda masih memegang getah elastik dengan kemas supaya tidak termasuk ke dalam semula.




17) Jahit getah elastik tadi.




18) Selesai? gunting getah elastik yg dibahagian lebihan.




19) Kemudian,masukkan hujung kain ke bahagian yg telah dilipat sedikit hujungnya di awal tadi. Ingat x?




akan jadi begini ye...



20) Jahit bahagian tadi.




TARRA...dah siap pun.

Jadi...apa tunggu lagi? Mari kita laksanakan misi menjahit ini!!

HIYAH!!!

GOOD LUCK!!

p/s :

1. jika x faham, boleh tanya ya?

2. sape yg dah test tu....mai la share hasil kerja anda di bahagian komen ya? tinggalkan alamat blog anda (tertakluk utk peserta jahitan tangan...kalau guna mesin? penyertaan tidak dikira? hehe)

3. siapa nak getah rambut free, boleh email saya...tapi syaratnya pos tanggung sendiri ya? pos ekspress rm 3.50. siapa cepat dia dapat!! sementara stok masih ada. TERHAD 5 PCS seorang.



2 comments:

Anic said...

Thanks for sharing this...

Bagi semangat nak jahit...

mrs sweet lola said...

thx share.nice idea.hehe.

"Barangsiapa yang Allah beri hidayah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah."