Thursday, February 10, 2011

tutorial: denim case - simple!

Assalamualaikum...

apa khabar semua. jom kita try buat satu hasil tangan yg cukup simple & mudah.


Teknik jahitan : insang pasti

cara menjahit : jahitan tangan



masa dihasilkan :

- jahitan tangan : 20-30 minit

-jahitan mesin : 10 minit.



Bahan- bahannya:



gunting, jarum, benang, zip & satu bahagian kaki seluar jeans yg dah x pakai.





Cara-caranya:




biarkan bahagian hujung kaki yg sudah berjahit. Di bahagian satu lagi, lipat dua kali untuk 'simpan' bulu2 di hujung kain. kalau guna jahitan mesin, boleh jahit tepi.




guna jahitan insang pari.



ini hasil setelah dijahit.


kemudian,


mulakan menjahit zip di bahagian bawah kaki jeans yg sudah siap berjahit.




juga guna teknik jahitan insang pari. letakkan zip di bahagian tengah & jahit kedua2 bahagian tepi zip.



hasil setelah zip siap dijahit.



kemudian, di bahagian hujung berbulu yg telah dijahit, lipatkannya ke dalam.



seperti ini. Jelas x?



Kemudian, (banyaknya kemudian...hehe).. jahit hujung bahagian yg telah dilipatkan ke dalam tadi.




tada...siap! ini rupa di bahagian luar.

boleh letakkan pelbagai hiasan mengikut kreativiti anda.

disebabkan case ini untuk cik abg saya, jadi, tiada sebarang hiasan akan diletakkan. hehe..





ini rupa di bahagian dalam. secara x langsung, bila kita lipatkan satu bahagian ke dalam, kita akan dapat 3 ruang di dalamnya.



Semoga dapat dimanfaatkan.

selamat mencuba :)

3 comments:

wani said...

hmmm gud idea ni...tk terpikir lak nak jahit cemtu.bykkaki seluar yg leh di proses ni tq 4 ur idea n hadian saguhati yg dikirim brooch bunge oren tuuuu hehe

Nur said...

Kreatif! :)

Aija said...

tQ... sbb bagi tutorial bergambar mcm ni.

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.