Sunday, July 18, 2010

1st CRAFT KIT UNTUK MARYAM


Setiap kali saya pegang jarum, gunting, kain atau apa sahaja yg berkaitan dgn pembikinan sesuatu projek kraf...akan ada 'pembantu' a.k.a penyibuk yg sentiasa mencari peluang untuk mencuba, memegang, memberi komen & model tidak bertauliah.

Sudah lama saya cuba fikirkan apa kraf yg sesuai utk Maryam, anak saya yg baru berumur 3 tahun. Hendak diberi gunting...tajam sangat. Hendak diberi jarum...takut tercucuk.

Ketibaan saya ke satu kedai kraf....x ingat namanya...tapi di area PJ, membawa saya meneroka tentang kraf yg sesuai utk anak daraku ini. Tengok punya tengok...belek punya belek...saya terjumpa sesuatu....PLASTIK CANVAS. yes!! Saya pernah tengok dlm buku kraf saya. Tapi x pernah jumpa Plastic canvas ni di kedai2 kraf yg pernah saya kunjungi sebelum ni...(ke saya yg x jumpa?...heheh)

Jadi, saya pun belikan set pembelajaran kraf asas utk anak saya.


Buku...(wlwpun dia belum pandai nak baca lukisan & ikut direction dlm tu...sbg pembakar semangat. Maryam memang suka buku.)



Benang 5 warna


Plastik canvas.


X lupa juga...jarum yg x tajam. apa nama nya ntah. hehe...ala yg buat cross stitch tu.

Syarat kraf : Mesti time adik dah tidur.

Sampai di rumah, Maryam dah x sabar2. Saya potongkan plastik canvas tu jadi ukuran yg kecil supaya Maryam boleh pegang sendiri.

Saya mulakan sesi pembelajaran menjahit Maryam dgn asas cross stitch. Masuk satu lubang...keluar di lubang lain. Ikut susunan lubang.

Cantik x hasil kerja Maryam?

(yg Maryam jahit bermula dari biru tu) Ada la satu line biru tu dia jahit...tapi dengan kesabaran (baca : kemarahan) yg cukup tinggi dr umminya. Masuk lubang lain, keluar lubang yg nuuuunnn jauh ke sana. Yang lebih warna hijau tu, ummi dia yg jahit (geram tgk benang tu.) warna pink Maryam jahit semula. Tapi cara dia jahit, 2-3 lubang...lepas tu, " Ummi, Maryam dah penat, nanti Maryam buat lagi. Simpan ya" Huhuhu...sabar je la...


Apa kemahiran yg anda terapkan pd anak2 dari kecil? Jom share.

Sila tinggalkan komen & link blog anda.

Tq :)



1 comment:

therosputih said...

salam akak...bagusnya maryam, walaupun ummi kena 'ajar' sket', cntik juga dia buat...nnti boleh setanding ngan umminya...insyaallh...

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.