Thursday, June 17, 2010

HEXA - SELIMUT/ ALAS MAKAN/ SAPERAH

Salam, setelah seminggu bercuti2 Malaysia....

dari Greece Silver (Gerik, Perak..hehehe) ke Kota Bharu ke Kuala Terengganu ke Cherating ke Kuantan. Kembali ke KL. huhu....letih. Tapi dah lali dengan perjalanan jauh2. Cerita ni kita simpan dulu ke next entry ye.....la ni kita nak cite tentang projek hexagon saya setahun beberapa bulan lepas...

AKHIRNYA!! BERJAYA DISIAPKAN!!


Kalo korang masih ingat....ha...sekian lama.

Ingat nak habiskan dengan hexagon di seluruh bahagiannya. Virus M (for malas) sudah mari...tunggu punya tunggu...tangguh punya tangguh...dah setahun lebih, mood pun dah xde. Last2....kita jahit & jadikan dia camni:




ok x? cantik x?



yang ni bahagian hexagonnya.



Ini setelah sedikit cantuman dengan hexa pink, berlatar belakangkan kain kotak2 maroon & line tepi kain warna hitam.

Huhu....haru betul nak mengabihkan projek ni. Tak nak dah buat lagi....(yg saiz hexa kecik la...mana boleh tahan kalo tengok dah jadi hasilnya xnak buat yg lain lak kan? heheh). Kalo nak buat lagi, nak buat hexanya gedabak2 besar. Baru cepat siap. Jahit pakai mesin je. Kalo kecik2 ni jahit pakai tangan lagi cantik & senang.

Kalo korang ada komen @ nak share projek2 yg pernah korang hasilkan ngan hexagon, linkkan kat bahagian komen e? Boleh share tengok & belajar dgn org lain gak kan?

:)

1 comment:

MamaDaniel said...

http://mamadaniel2008.blogspot.com/search/label/Hexagon

terasa bersemangat nak siap saya punya hexagon.. yg ni dah x ingat dah tahun bila.. maybe awal 2009 kot saya start.. hehe..
salam kenal..

"Barangsiapa yang Allah beri hidayah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah."