Friday, January 16, 2009

NAK BELAJAR SULAM SAPERAH?




Alhamdulillah..sekian lamanya nak upload gambar...internet kadang ok..kadang x. Syukur Allah izinkan kongsi ilmu.


Ok..bagi kawan2 yg sudi nak tengok dan belajar...sila la...saya dah tunaikan janji saya...:)



Ni adalah saperah yg saya sedang buat untuk Naimah. Ambil2 gambar sekejap sambil menyulam..



Dapat je kain, basuh dulu. Pastu iron. (Kain saya tu dah siap iron, tapi dilipat balik, jadi la line tu balik...hehe)




LANGKAH AWAL


Kita mulakan dengan jahit jelujur bahagian tepi kain. Lipat sikit dalam 2 lapis dan jahit.

Selesai jelujur, tekap gambar or corak mana yang kita mahukan. Guna water/air eraseble pen...pakai pensil pun boleh (sebelum ni saya guna pensil sbb xde eraseble pen ni)...buat untuk diri sendiri boleh la...hehe



Lepas tu, letakkan kain atas ram. Ram digunakan supaya kain tegang, dapat memudahkan proses menyulam.





benang yang digunakan adalah benang DMC. Cucuk jarum sebagaimana dlm gambar.




Tarik benang sehingga hujung. jangan lupa simpulkan hujung benang.

Selesai menarik benang, susupkan jarum ke kain dan cucuk ke bahagian mula benang tadi,lihat sebagaimana gambar.
Lepas tu, kita boleh mulakan proses menyulam kita.Jarum tu keluarkan separuh je dari hujung.




simpulkan benang di tangan. lihat gambar



kemudian, masukkan benang tersimpul ke jarum.


tarik benang yang panjang di bahagian bawah tu untuk menjadikan benang melekap di jarum seperti gambar atas.


ni hasil simpulan tadi.


pegang simpulan dengan kemas. kita akan tarik jarum. pastikan simpulan tadi x terburai.





ok..tarik jarum dengan berhati2 sambil satu tangan pegang kemas simpulan.





ok..jarum dah keluar.simpulan kita pegang dlm keadaan menegak. Ready untuk step seterusnya.




tarik simpulan tadi ke bawah. Hasilnya akan jadi begini.





matikan jahitan dengan memasukkan jaru ke bahagian bawah sulaman.




hasil yang sempurna. ulang cara membuat simpulan pada bunga seterusnya. Ingat! mulakan cucuk jarum dari bahagian atas.


Ni hasil simpulan2 tadi. selalunya dalam daun atau bunga, kita buat 4 jalur simpulan untuk 1 kelopak.




BAGAIMANA HENDAK BUAT BATANG/ RANTING?




cucuk jarum di hujung gambar batang.




kemudian, susupkan jarum dari bawah ke atas dan keluar di bahagian hujung gambar.




ulang kaedah yang sama. susupkan jarum dan keluarkan jarum di tempat akhir benang keluar.








ni hasil yang hampir siap. Matikan jahitan dengan mencucuk jarum ke bawah kain.



Bagaimana nak matikan jahitan? pusingkan kain ke bahagian belakang n matikan di jahitan yang ada.




macam mana?ok? boleh faham x? x faham tanya la e?

SELAMAT MENCUBA.

13 comments:

Shais said...

takes for sharing...

wow...dah boleh jadi cikgu, macam nie boleh buka kelas.

Shais said...

akak nak belajar....
akak pun tak pandai lagi buat sulaman nie.

Natasha binti Mokhtar said...

SALAM KAK SHAIS...

HEHE...BELUM TARAF SIFU LAGI LA..AJAR2 SIKIT JE...

KALO ADA YG X FAHAM...BAGITAU LA.SAYA TUNJUKKAN...SHARE ILMU JE..

inn said...

hihi..
bleh wat hobby baru nie:)

thnks sb sharing ya

suria922 said...

assalamulaikum....saya ni tengah cari ilmu...sana sini masuk mencari...singgah sini ada plak ajar cara buat sulaman ni...tima kasih daun keladi..lain kali boleh kongsi2 ilmu lagi...

suria922 said...

lain kali boleh ajar yg lain plak ye...

natasha said...

insya Allah...:)

jaja said...

wah..thx utk tutorial ni.sy pon nak cuba jugak...

Natasha binti Mokhtar said...

saya berbesar hati dgn kehadiran jaja menjenguk blog saya...admire sgt hasil kerjanya .:)

EjdeeJasmi said...

cantik sgt..emi pun tiru design PU3..hihi..dh siap dh saperah emi..

EjdeeJasmi said...

tq..emi pun dh siap saperah..ambik contoh design PU3..tq..hihi

zakiah said...

Puan,
terima kasih sharing tutorial ini

memang lengkap, baru nampak camna caranya.

gambar2nya pun terang

bolehlah akak belajar nanti

Fairooz said...

Assalamualaikum.. :]

Thanks for sharing. Puan tahu tak teknik untuk menarik benang dari kain. Macam yg kat tudung bawal dengan bullion stitches tu..Kalau tau boleh tak nanti masukkan cara2nya kat sini. teringin nak belajar tapi tak tau kat mana. Terima kasih..

"Barangsiapa yang Allah beri hidayah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah."