Wallet suami kesayanganku dah koyak. Nak beli baru xde yang berkenan katanya. Dah 5 tahun pakai. Kalo ikutkan xde la rabak camtu sekali.
Disebabkan suka meletak pelbagai resit, dok kembung je sampai2 akhirnya....koyak. Tapi dia pakai gak.
Ciannya la cik abang ku. Jom kita suprisekan dia.
So semalam, dari maghrib sampai tengah malam saya buatkan wallet baru yg sangat simple untuk cik abang ku. Handmade....jahit pun guna jahitan tangan je. (sebenarnya nak jahit ni xde la lama sangat pun. 'ramai' sangat nak cuba pegang, yg nangis, nak mandi la, makan la....tu yg lambat siap. dah nama pun ada anak kan? Kena beransur2 la...)
saje masukkan under tajuk tutorial. Nak share ngan korang semua...mana tau ada yg nak cuba sendiri. Try la ye? & saya yakin korang lebih kreatif. Kalo berjaya buat, link kan kat komen ya...boleh share gambar. :)
Saya gunakan Syhthetic Leather yang saya beli lama dah dari Kak Mas. Inilah masanya nak gunakan. saya x pasti sama ada syhthetic leather ni sama dengan PVC tu ke x? sama kot.
ok..mula2 kita ambil ukuran dulu. Panjang, lebar, tinggi...tambah tolak bagai. Saya tuliskan & lukiskan ukuran tu di atas kertas. Sayang kalau nak potong terus leather tu...hehe.
Selepas itu, saya cuba cantumkan kertas2 tu dulu. Jadi x sebagaimana yang kita inginkan. Kot2 la silap ukur, ada yang terpanjang terlebar. Kan dah x cantik. Bila dah puas hati. Teruskan dengan lukisan di kain/ leather.
Kemudian, kita cantumkan guna jahitan insang pari @ blanket stitch. Kalau x tau bagaimana nak jahit, boleh tengok di sini : BLANKET STITCH
Di bahagian tengah ni, ikutkan hati, saya nak letakkan satu lagi leather untuk pembahaginya. Tapi bila fikirkan ianya akan menjadikan wallet ni lebih tebal & confirm2 cik abg ku x nak pakai, jadi saya batalkan niat tu. saya just masukkan kertas yang agak lembut untuk pembahagi.
Siap!!
Ini lah rupanya...ok x? simple je kan? Nak letak sebarang hiasan? silakan. Tapi saya x letak apa2 sebab mesti abgku itu x nak.
Alhamdulillah....selamat sampai ke tangan tuannya & tuannya SANGAT SUKA!! mintak buatkan satu lagi pulak tu...tapi nak yg satu bahagian je.
Hm....kita tengok la yang akan datang ni camna lak rupanya e? hehehe...tunggu...
1 comment:
Ha ah la Natasha, nampak macam PVC je. Cantik wallet baru! ^_^
Post a Comment