Allah berfirman:
"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan & hati semuanya akan diminta pertanggungjawapannya." (al-Israa' : 36)
Sahabat2,
berhati2 lah terhadap bencana televisyen yang telah memasuki setiap rumah. Televisyen lebih merbahaya daripada perompak yang mungkin hanya merompak & menyamun harta & menyakitkan hati kita, sedangkan televisyen, disamping menghabiskan harta benda, yang lebih kejam, rancangan televisyen merompak kehormatan, merampas kesucian & menghancurkan moral keluarga kita. Namun, hanya sedikit di antara kita yg sedar akan kesan negatif & bahaya yang timbul sehinggakan kita tidak merasa berdosa & menyesal kerana menghabiskan masa di depan televisyen.
Nabi SAW bersabda :
"Dua kenikmatan yg banyak manusia tertipu dengannya : kesihatan & kesempatan."
(HR Bukhari dlm Kitabur Riqaq (6412), At-Tirmidzi & Ibnu Majah).
Janganlah kita terpegun & terpesona dengan rancangan2 televisyen yang berunsur agama yg ternyata hampir 99% menyeret kita ke dalam perlanggaran aqidah & moral, kerana tayangan-tayangan yang disajikan kpd penonton SEKALIPUN bermanfaat seperti program agama, keilmuan & pendidikan, tidak akan lari dari selingan berbentuk muzik, nyanyian, tarian & para wanita yg mendedahkan aurat & berhias secara berlebihan atau perkara yang diharamkan dlm Islam.
Syaikh Bin Baz ditanya tentang : Bagaimana hukum menyaksikan wanita-wanita yg bertabarruj di televisyen? (lihat Fatawa an-Nadhar wal Khalwah wal ikhtilath,syaikh Bin Baz, syaikh Utsaimin & syaikh Jibrin, hal 52-53)
Beliau menjawab :
Tidak boleh seorang lelaki menyaksikan wanita telanjang, setengah telanjang atau yang membuka wajahnya. Begitu pula seorang wanita tidak boleh menyaksikan lelaki membuka pahanya baik di televisyen atau video, drama dan visual lainnya. Maka seseorang berkewajipan untuk menahan pandangan atau berpaling, sebab hal itu merupakan sumber fitnah dan salah satu penyebab rosak hati & menyimpangnya dari kebenaran.
Berdasarkan firman Allah :
Katakanlah kepada lelaki yg beriman : " Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." katakanlah kepada wanita yang beriman:" hendaklah mereka menahan pandangan mereka & memelihara kemaluan mereka..." (An-Nur : 30-31)
Sehingga sebaiknya seseorang harus memelihara diri dari pandangan haram & tidak boleh menonton televisyen; kecuali tayangan yang mengandungi maslahat, misalnya: menonton ceramah agama, ilmu pengetahuan atau yang berkaitan dengan perindustrian atau acara lain yg bermanfaat. Sedangkan menonton acara yang diharamkan, maka hukumnya haram & dilarang.
Ingatlah...televisyen adalah salah satu media yg digunakan oleh golongan kafir untuk menghancurkan umat Islam. Dan ingatlah penegasan Allah dlm surah Al-Baqarah : 120 :
"Orang2 yahudi & nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah,"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya." Dan sesungguhnya, jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung & penolong bagimu."
SEDIKIT PERKONGSIAN PENGALAMAN.
di rumah kami dah lebih 4 bulan x tengok rancangan tv. Langsung x tengok wlwpn berita. Pengaruh tv sekarang makin teruk. Rosak anak2 kita & juga kita sendiri!!
Mula2 dapat tentangan hebat dari semua orang yang menyatakan kami terlalu kuno, tegas sangat sampai Maryam x boleh tengok kartun & lain2....Diam je. Sampaikan kalo ada orang datang rumah pun, kami tidak bukakan tv wlwpn tetamu minta. NO! MINTA MAAF. NOKTAH!! Dan jika kami ke rumah orang yg time tu di pasang tv, kalo kena gaya, kami minta di tutup tv tu.
KITA KENA PERHATIKAN NI:
Kita jijik bila cerita tentang orang berzina, tp dengan tv, kita 'bawak' orang berzina, berbogel DEPAN kita, DALAM rumah kita...lagi teruk DEPAN anak2 kita!!
Kita mengamuk & mencerca cela org nak dirikan kuil / gereja,upacara2 keagamaan bangsa lain... tp dengan tv, kita BAWAK MASUK kuil / gereja SEBIJI2 dlm rumah kita...ha..apa nak kata lagi?? rosak kan?
tempoh lebih 4 bulan x tengok rancangan tv dalam rumah (saya katakan dalam rumah kerana jika kita ke luar, makan di restoran, ke rumah orang, kadang kala kita akan terlihat2 juga apa rancangan tv yg dibuka oleh orang lain....tapi akan cepat2 diminta utk tutup @ cari tempat yg lebih terselindung dari tv ), menjadikan saya, suami & anak2 lebih masa berkualiti bersama...berbincang (jika tidak, bila masa kita nak berbincang kerana masing2 dok mengadap tv?...tu yg selalu suami isteri dok kata, bila kita bercakap pasangan kita buat x tau & x dengar. Dah si dia khusyuk dengan tv/cerita...mana nak layan..yer x?)...bermain dengan anak2...membaca, belajar, ....alhamdulillah...Maryam juga sudah hafal beberapa hadis pendek & surah2 pendek..ye..walaupun baru beberapa, ada jugak kan dari langsung xde??
bagi saya, otak lebih mudah mengingat apa yg dibaca & dihafal. 2-3 hari awal tidak buka tv...memang terasa macam sunyi, xde aktiviti dan bosan. Lepas seminggu...kita akan rasa biasa. Dan seterusnya...x heran langsung. Juga tidak ada permintaan dari anak utk bukak tv.
x percaya?? cuba la...lebih2 lagi jika anda seorang suri rumah.
SAYA KEMPEN...NO TV!!
** kami tidak menonton televisyen melalui saluran televisyen sedia ada.
** kami HANYA gunakan tv untuk tengok cd kuliah,Cd mengaji Quran, cd ceramah agama, cd pendidikan anak2 yg syar'i (bukan kartun mengarut2) & national geografi sahaja.
4 comments:
Salam...
Proud of u and anam!
Baguslah..kalaulah Imah pon boleh buat...nanti Imah respond citerr pnjg2 kat next entry ok..
Eh..ingatkan dah masuk comment Imah kat sini...bagus topik ni...meh tengok respond Imah lak...
tq azaref & imah yg sudi singgah...begitu juga yg lainnya...(silent reader)..:) moga kita sama2 berusaha utk kebaikan & doakan moga istiqomah...amin.
Post a Comment