Tuesday, April 6, 2010

MINGGU CINTA? DALAM CINTA? TOPIK CINTA....

Assalamualaikum wbt...

Dalam seminggu ni....jalan2 blog kawan2...banyak yg berbicara tentang cinta. CINTA??
hmmm.. ada yg cakap tentang...

cinta kekasih hati....
cinta kerjaya...
cinta kraf.....
dan lain2...........

antara blog yg saya ingat lawatan saya ialah :

DELLA

ANESZAILANI

maaf...yang lain udah keterlupaan...kalo ada sesiapa lagi yg berbicara tentang cinta...maklumkan saya e? hehe


ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Jom teruskan pembacaan...

Cinta adalah sebuah ungkapan yang sangat indah dalam kehidupan manusia, gara-gara cinta manusia bisa menjadi sengsara dan dengan cinta pula manusia bias menjadi bahagia, bahkan syurga bisa diraih dengan cinta begitu juga manusia bisa terpelesek ke dalam neraka gara-gara cinta. Hampir semua gerak geri manusia dan denyut nadi kehidupan digerakkan oleh cinta.

Orang menentukan gaya hidup kerana pilihan cinta,

orang bernikah kerana panggilan cinta,

orang bekerja kerana dorongan cinta,

orang bersahabat demi memaknai ikatan cinta,

orang tertarik makan dan minum kerana selera cinta,

orang bisa rajin belajar kerana motivasi yang tumbuh dari cinta,

orang semangat berbicara kerana desakan bahasa cinta,

orang berdiam kerana kemauan cinta,

orang terpacu beramal social kerana seruan cinta,

orang tekun beribadah kerana sentuhan cinta,

orang berdakwah kerana adanya ketulusan cinta,

orang bersedekah kerana perasaan cinta,

orang mahu berkorban kerana teriakan nurani cinta,

dua sejoli dimabuk asmara kerana rayuan cinta,

orang berkumpul dan berserikat kerana tuntutan cinta,

orang bersilaturahim kerana bimbingan cinta,

orang bercita-cita menjadi pemimpin kerana tekanan cinta,

orang rakus harta kerana memenuhi cita-cita cinta,

orang kejar mengejar jabatan dan populariti kerana sindrom cinta,

orang membeli kenderaan mewah dan mengoleksi barang antik kerana godaan cinta,

orang tergila-gila dengan wanita cantik kerana hembusan asmara cinta,

orang rela mengabdi kepada musuh Allah kerana diperbudak oleh cinta,

orang menjadi dukun dan paranormal kerana nuraninya dibutakan oleh cinta,

orang bergantung pada azimat dan keramat kerana manisnya rayuan cinta,

harta kekayaan terkuras habis untuk membeli cinta,

orang kecanduan olahraga kerana tekanan cinta

dan

pengorbanan dipersembahkan buat orang paling tercinta.


Namun, cinta yang mana bisa membawa bahagia dan memasukkan ke dalam syurga dan cinta yang bagaimana yang bisa menyengsarakan dan bahkan menjerumuskan ke neraka?



Saya terdorong membeli & membaca buku ini :


(note: Buku ni saya beli di Jakarta masa melawat sahabat...x pasti di Malaysia ada ke x sebab
BELUM pernah jumpa lagi.)


Buku yang sangat bagus...ditulis dengan sangat bagus.

Ingat x dalam tajuk2 saya yang lepas (tahun lepas punya cite ni..) saya ada ceritakan antara buku kegemaran saya ialah buku AYAT-AYAT CINTA..tulisan HABIBURRAHMAN.

TAPI SEKARANG SUDAH BERUBAH!!

SUNGGUH!!

Inilah buku (Tafsir Cinta Ayat-Ayat Cinta) yang mengulas secara indah & ilmiah akan erti sebuah cinta. Dengan mengulas dan mengambil contoh kes dari novel dan filem Ayat-ayat Cinta, maka penjelasan yang dipaparkan oleh penulis buku ini menjadi semakin menarik, sehingga jalan cinta yang banyak dicari manusia pun semakin terlihat luas dan lapang.

Kira ni baru part 1.
Saya akan catatkan beberapa point yg saya baca dalam buku ni di part akan datang. Sangat menarik. So, tunggu....:)

Sebarang pertanyaan, boleh email saya ye?


No comments:

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.