Saturday, January 21, 2012

KEK COKLAT...NYUM2

Assalamualaikum...kali ni cerita yang nak dikongsi adalah cerita kek coklat. nyum2.. jangan jeles ya. semua selamat dah masuk perut. :)

jom tgk gambar dulu...



cupcake versi maryam & abduh. mereka lah yg menghias kek ni dgn manik2 & love tu. habis satu rumah.




rupa asal kek. belum sempat sejuk betul dah kena sambar. & tak sempat lagi diletakkan topping.

nak cuba?? ni saya kepilkan resepinya yang saya ambil dari UMMIZAIHADI



KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH

Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"

  • 100 gram serbuk koko *
  • 250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
  • 1 tin susu isian cair*
  • 200 gram minyak masak sayuran*
  • 250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
  • 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
  • 150 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Caranya:-
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
  3. Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar d alam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..)
  5. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...Resepi topping tu akak suka guna yang kat Sini...elok licin jek bila dituang..cuma yg ni kurang pekat, kasi tangkap leleh gituuu.hehe)

Bahan Untuk Ganache/Icing:-
  • 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • sedikit garam

Cara Membuat:-

  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
  2. Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
  3. Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
  4. Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
  5. Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.


SELAMAT MENCUBA :)



No comments:

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.