Monday, October 18, 2010

TUTORIAL : KEY-CHAIN

Malam minggu yang lalu, setelah jam hampir cecah pukul 2 pagi, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Setelah seharian membawa anak2 berjogging, berjalan2 & makan2, letihnya x dapat nak kata, namun mata masih tak mau lelap. Setelah beberapa helai buku yang baru dihadiahkan cik abg dibaca, tiba-tiba aku teringat yang pintu rumah belum dikunci. Cepat2 bergegas ke pintu & terpandanglah kuncinya. Hm...ada sesuatu yang rasanya perlu di make over...ewah...ayat2 nak menghalalkan tak tido malam.




Setelah dibelek2....hm..hiasan keychainnya dah lama. dah tersenget2 & kusam nampaknya. Ini adalah hasil jahitan pertama felt ku...biasanya percubaan pertama, memang x cantik la hasilnya, tapi tetap aku simpan sebab itu adalah kenangan. (tu yg mak aku marah tu...dok simpan semua benda. xnak pakai buang lah,katanya.... hehee)





Jadi, aku terus sediakan bahan yang seadanya & mampu aku siapkan dlm jangka masa 10 minit shj. (sebab xde gangguan dari budak 2 orang ni, boleh la. Kalau x, mau 2-3 hari x siap2.)


Benang, jarum, gunting, riben saiz 1 inchi, gam UHU, ring & hiasan (aku guna bunga crochet)


Cara-caranya:

Masukkan ring di tengah2 riben. Jahit kedua hujung riben bersama2. Tampalkan hiasan apa shj yg anda suka di atas jahitan tadi. Bertujuan menutup hasil jahitan yg x berapa kemas. Kih kih.


TADA!! siap!!




Nampak tak? Simple kan? Jom la buat!





SELAMAT MENCUBA.

2 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

cantik, dan unik...kunci pun jadi sayang nak letak merata2.

kalau tak ada gangguan si kecil dah lama saya cuba segala macam seni dalam blog ini...(ke alasan je ni? ek....:-))

therosputih said...

bilalah nak try nih...takde bahan...(bagi alasan plak)

"Barangsiapa yang Allah beri hidayah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah."