Thursday, October 9, 2008

NASI BERIANI ABAHKU

Assaamualaikum wbt....


SELAMAT HARI RAYA!!



gi mana raya? pulun makan la tu e? berapa dah berat badan? hehehhe....kita maintain je....x naik (kot...)



last puasa abah masak nasi beriani...atas permintaan anak pompuan sorang dia ni la...(abah kita pandai masak...). Nak share resepi ni.....cuba tau...








NASI BERIANI


NASI (untuk 5 pot beras)


Bahan-bahan:


Beras basmati (beras biasa pun boleh...tapi yg sedap beras basmati la)

Bawang merah (10-15 ulas)


Bawang putih (7-8 ulas)


Halia (4 inci)


Badam & gajus (7-8 biji)


Bawang besar (dimayang)

Daun pudina

Daun sup

Daun ketumbar



Susu cair (1 tin...kalo masak 2-3 pot : 1/2 tin je)


minyak jagung + sedikit planta utk menumis





Cara memasak:

1. blender bawang merah, bawang putih, halia, badam & gajus.

2. tumis bawang besar & bahan blender

3.masukkan air & susu cair (beras 5 pot : air 6 pot....sukatan air x termasuk susu cair tau...anggap je susu tu xde. kalo x nanti pening tgk cam banyak sangat air)
4. masukkan daun2 (hiris dulu daun tu...jgn wat pandai nak masuk seikat2 lak...hehehe)

5. air mendidih...masukkan beras

6. bila air hampir kering...masukkan pewarna (warna kuning telur...jgn bebanyak...beberapa titik je...)...

7. kacau2 sikit...tunggu kering...

Dah siap...

p/s : ikut suka nak masak nasi atas dapur or pakai rice cooker je...saya pakai rice cooker je...x mahir masak nasi atas dapur....heheheh




LAUK BERIANI










(utk 1 ekor ayam)


Bahan-bahan :

Ayam (digoreng)

Bahan2 blender seperti nasi beriani tadi


daun ketumbar, pudina & sup


tairu (susu cair 1/2 cawan + limau nipis 2-3 biji)


rempah beriani (adabi pun ada jual..nak kaw-kaw beli kat kedai rempah mamak...cakap nak rempah buat beriani) -rempah beriani nak pakai lebih kurang 2 sudu (jgn banyak sangat rempah beriani..nanti pahit)


rempah kari ayam (2-3 sudu)


cili merah (3 biji) & tomato (2 biji) - hiriskan


minyak utk menumis



Cara memasak :

1. rempah beriani, rempah kari, bahan blender & tairu digaulkan sekali
2. tumis bawang besar n bahan gaulan tadi

3.masukkan daun2, cili & tomato
4. rempah dah masak & garing sikit...masukkan ayam


DAH SIAP!


SELAMAT MENCUBA

No comments:

"Barangsiapa yang Allah beri hidayah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah."