Monday, September 22, 2008

SELIMUT

Askum...sihat arini? Ni saya nak tunjukkan aktiviti saya...the latest....buat cantum2 kain perca...hehehe...tgh dalam proses...doakan siap hingga keakhirnya la e...



al-kisahnya...balik kg bagan dato aritu..(umah mertua)..(salu kalo balik kg memang aktiviti utama...melawat sepupuku tersayang). Dia pulak tunjukkan hasil kerja dia....wah....blink blink la mata ni....mula la nak cuba wat gak. Salu jumpe yang bentuk 4 segi tu...cantum pakai mesin. Ni nak kena jahit tangan je. Lagipun diriku ini bukannya tau nak jahit pakai mesin. Tunggang langgang....senget benget jahitannya. Ingat lagi nak cuba jahit langsir konon....jahitan yg lurus jadi cam cacing kena air panas....heheheh. X mau dah buat lagi.(serik la tu konon...)



Balik je kedah, dok merengek la minta hubby bawakkan kita ke umah orang yang amik upah jahit baju, nak mintak kain perca. Memula hubby xnak bawak, segan katanya.Tetiba nak datang umah orang mintak kain perca. Tekad gak nak gi, hubby bawak.Tapi sampai depan umah org tu je. Pastu dia bawak anak jalan-jalan...kita sorang2 jupe kakak tu. Cuak gak muka kakak tu. Mau x...tetiba org x dikenai datang, nak mintak kain perca. Alhamdulillah kakak tu x banyak cakap, dia bagi je (bukan bagi la...beli RM 5 satu beg plastik penuh..banyak gak). Pstu gi kamdar cari kain perca. 1 meter RM 1. Balik umah, malam tu gak mengadap...potong kecik2 jadi segiempat. Kertas pun potong ikut contoh yg sepupu kita bagi.



Ha..ni contoh kertasnya. Kecik je. Ukurannya setiap bahagian dlm 4-5 cm. Yang bahagian kecik tu dlm 3-4 cm. Ikut la besar mana yang kita nak. Kalo nak cepat siap, buat saiznya besar sikit.

Ni contoh yang dah dijahitkan kain perca atas kertas tadi tu. Agak2 belakang tu ada kain yang nak pegang belakang tu ok la. Jgn besar or kecik sangat lebihan kain kat belakang.


Ni cantuman dari anak2 tadi.

Dia kena jadi besar ni. Cantuman anak dlm 17 keping.

DAH SIAP 1 BUNGA


Ni contoh gambar bunga lain...


Setakat ni...dok siapkan mak bunga ni la. Dah banyak dah. Tunggu cukup (kalo ikutkan sepupu kita, nak guna 40 bunga...tapi saya nak buat ikut kreativiti sendiri.....hehehe) Nanti kita tengok apa nak jadi e? Doakan siap...

TUNGGUUUUU........

2 comments:

Shais said...

salam pu3,

ceh...ceh...hampir nak siap.
nice combination.

Natasha Mokhtar said...

tq shais....kena mintak tunjuk ajar dari guru pakar gak...awak la..ehehe

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.