Monday, December 17, 2012

CAMO CARDIGAN


 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia :)

Apa khabar sahabat2 sekalian? Diharap kalian berada dalam keadaan sihat & sejahtera. :) tersangat la jarang saya meng-update blog ni. 

Alhamdulillah...ini antara hasil crochet saya 2-3 minggu ni :) Saya gelarkan CAMO CARDIGAN. bersaiz M. 

Ini adalah hasil dari join pertandingan di Da'knit.  Tapi xde rezeki untuk menang :) Allah takdirkan yang lebih baik. 

Ok. jom layan gambar ya.


 pandangan belakang




 pandangan hadapan








Tuesday, November 13, 2012

KNIT : CABLE PATTERN



salah satu pattern cable yang mudah bg beginner.


saya dah cuba...saya buat scarf untuk Maryam. & dah menang untuk contest knit scarf di MKC. :)



jom cuba!

Friday, November 9, 2012

KNIT : SET BABY GIRL


Tempahan dari Saiyidah. 

Saiz : newborn
Item dalam set : 1 bonnet & sepasang booties
Benang : alize diva plain (pink & putih)



untuk tempahan, sila hubungi saya : pu3craft@gmail.com

Tuesday, November 6, 2012

AGEN BENANG ALIZE

Assalamualaikum & selamat sejahtera kawan2. 

Bertangguh-tangguh nak update blog sampai dah bersawang. Musim-musim hujan pulak...memang best layan bantal & selimut. Ops...jangan lupa stoking. :)

Ok....di kesempatan yg sedikit ni, saya nak war-warkan bahawa PU3CRAFT.COM telah memasukkan produk benang baru iaitu ALIZE. Benang yang diimport dari Turki & mempunyai kualiti yang sangat bagus. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna & jenis (acrylic, microfiber acrylic, cotton, wool & sebagainya)

Jom layan gambar










Jadi, bagi yang berminat, anda boleh membuat order sama ada di:

1. website :  http://pu3craft.com

2. email : pu3craft@gmail.com

3. fb :  http://www.facebook.com/pages/PU3-CRAFT/110324605667432


semoga berjumpa lagi :)




Saturday, November 3, 2012

Wednesday, October 31, 2012

BERET UNTUK DIJUAL


SUMMER BERET 01

RM 30.00

saiz: 2 tahun
jenis benang : acrylic (import dari turki)

sila email saya kepada sesiapa yang berminat :)

natashamokhtar@gmail.com



Monday, October 29, 2012

new handmade

Assalamualaikum sahabat2....

Apa khabar kalian semua? sangatlah lama tak update blog. Sangatlah sibuk. Jom cuci mata dengan koleksi handmade terbaru saya.






Sunday, July 22, 2012

CHEMOCAP FOR CHARITY

Assalamualaikum..terpanggil untuk menyertai satu program amal.... saya sangat gembira dapat

turut serta menyumbang untuk menjayakan program ini. :)

KU SARUNGKAN KASIH


Saturday, July 14, 2012

Monday, April 23, 2012

SWEATER KPD T-SHIRT


Assalamualaikum & salam sejahtera sahabat2 sekalian....

teramatlah lama saya tidak menulis di blog ni. Bukan takat sawang, labah2 dah beranak pinak dah.:)

tidak ada idea lagi nak tulis apa. Kita layan gambar baju yang saya buatkan untuk Maryam ya....

Sehingga jumpa lagi....:)

Monday, February 27, 2012

ibadah...

Assalamualaikum semua...

sungguh lama saya tidak menulis di blog ini.

pada kesempatan yang singkat ini, saya akan memaklumkan yang saya akan pergi menunaikan umrah dari 4-15 mac 2012.

jadi, semua urusan jual beli di PU3CRAFT akan ditangguhkan & kami akan mula beroperasi semula pada 17 mac 2012. harap kepada sesiapa yang mahu melakukan pebelian, dapat membuat order sebelum 3 mac ya.

dan kepada semua, mohon doakan saya selamat pergi & kembali, sihat sepanjang menunaikan ibadah & dipermudahkan semua urusan.

semoga kita semua diampunkan dosa & mendapat keredhaan Allah.

AMIN

Monday, January 30, 2012

CROCHET BLOUSE MARYAM

khusus untuk anakanda Maryam.


saiz 5 tahun




boleh pilih sama ada nak gunakan depan berbutang atau tidak. :)



jenis benang boleh didapati di http://pu3craft.com


benang organic cotton : http://pu3craft.com/product.php?id_product=162

benang multicolor : carnival cotton : http://pu3craft.com/product.php?id_product=69



bagi yang berminat untuk tempahan, sila email ke : pu3craft@gmail.com



Saturday, January 21, 2012

KEK COKLAT...NYUM2

Assalamualaikum...kali ni cerita yang nak dikongsi adalah cerita kek coklat. nyum2.. jangan jeles ya. semua selamat dah masuk perut. :)

jom tgk gambar dulu...



cupcake versi maryam & abduh. mereka lah yg menghias kek ni dgn manik2 & love tu. habis satu rumah.




rupa asal kek. belum sempat sejuk betul dah kena sambar. & tak sempat lagi diletakkan topping.

nak cuba?? ni saya kepilkan resepinya yang saya ambil dari UMMIZAIHADI



KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH

Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"

  • 100 gram serbuk koko *
  • 250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
  • 1 tin susu isian cair*
  • 200 gram minyak masak sayuran*
  • 250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
  • 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
  • 150 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-Caranya:-
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
  2. Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
  3. Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar d alam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..)
  5. Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...Resepi topping tu akak suka guna yang kat Sini...elok licin jek bila dituang..cuma yg ni kurang pekat, kasi tangkap leleh gituuu.hehe)

Bahan Untuk Ganache/Icing:-
  • 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • sedikit garam

Cara Membuat:-

  1. Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
  2. Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
  3. Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
  4. Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
  5. Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.


SELAMAT MENCUBA :)



Thursday, January 19, 2012

HADIAH UTK KAWAN


Assalamualaikum & salam sejahtera. maaf lama tak update blog. sangat2 la sibuk. terlalu banyak urusan. siapa kata suri rumah takde kerja? fuh...malas nak cerita bab ni. siapa yang melalui, dia akan merasa. :)

kali ni misi menyiapkan beg utk sorang kawan yg akan berpindah. nak bagi cenderahati tanda kenangan. :)

jadi, saya kaitkan beg yg simple ni. semoga dia suka. :)



guna benang wool...sangat tebal -nak cepat siap :)



needle saiz 7mm.



letak butang di tepi & crochet hiasan sikit di atas.



daah siap. sangat simple. :)

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.