Assalamualaikum...kali ni cerita yang nak dikongsi adalah cerita kek coklat. nyum2.. jangan jeles ya. semua selamat dah masuk perut. :)
jom tgk gambar dulu...
cupcake versi maryam & abduh. mereka lah yg menghias kek ni dgn manik2 & love tu. habis satu rumah.
rupa asal kek. belum sempat sejuk betul dah kena sambar. & tak sempat lagi diletakkan topping.
nak cuba?? ni saya kepilkan resepinya yang saya ambil dari UMMIZAIHADI
KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"
jom tgk gambar dulu...
cupcake versi maryam & abduh. mereka lah yg menghias kek ni dgn manik2 & love tu. habis satu rumah.
rupa asal kek. belum sempat sejuk betul dah kena sambar. & tak sempat lagi diletakkan topping.
nak cuba?? ni saya kepilkan resepinya yang saya ambil dari UMMIZAIHADI
KEK COKLAT KUKUS CHEF ZUBAIDAH
Bahan-bahan (loyang 8"/9" bulat) - akak guna loyang 8"x8"
- 100 gram serbuk koko *
- 250 gram gula kastor* (akak letak 230 gm je)
- 1 tin susu isian cair*
- 200 gram minyak masak sayuran*
- 250g susu pekat*(akak letak 230 gm je)
- 4 biji telur - dipukul sehingga berbuih (akak whisk je)
- 150 gram tepung gandum
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1 sudu teh baking powder
Cara-Caranya:-
- Campurkan kesemua bahan bertanda (*) dn masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
- Satukan dengan telur yg di pukul tadi dgn mixer. (akak guna whisker jek).
- Gaulkan bahan-bahan kering dan ampurkan sedikit-sedikit sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam tin yg dilapik dan diminyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.(*akak bakar d alam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 minit or ikut oven masing2 yea..)
- Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing.(*akak letak ganache topping jek...Resepi topping tu akak suka guna yang kat Sini...elok licin jek bila dituang..cuma yg ni kurang pekat, kasi tangkap leleh gituuu.hehe)
Bahan Untuk Ganache/Icing:-
- 1 tin susu pekat - boleh dikurangkan jika tak mahu terlalu manis.
- 1 sudu teh esen vanila
- 1/2 cawan minyak jagung/apa-apa minyak masakan
- 1/3 cawan serbuk koko
- sedikit garam
Cara Membuat:-
- Campurkan susu, serbuk koko dan minyak ke dalam periuk.
- Masakkan di atas api yang sederhana panas sehingga pekat sambil dikacau selalu dengan whisker.
- Kemudian masukkan garam dan esen vanila, kacau lagi.
- Setelah adunan agak-agak pekat (tidak perlu sampai menggelegak), tutup api.
- Biarkan icing betul-betul sejuk barulah disapu ke atas kek tadi.
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment