Showing posts with label TARBIYYAH. Show all posts
Showing posts with label TARBIYYAH. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

RENTETAN DARI CD SIFAT SOLAT NABI

Assalamualaikum...

Cd Sifat Solat Nabi ni telah saya pasang untuk tontonan Maryam & Abduh dah lebih 20 kali. Saya membuat eksperimen...Maryam boleh ingat x apa yg dia tgk.

Sekarang...

*Maryam dah bisa solat sebagaimana Nabi SAW solat,
*dengan bacaan dlm solat yg benar wlwpn masih tertinggal sepatah dua perkataan dlm satu2 bacaan,
*dah hafal doa iftitah,
* hafal tebuk2 dlm bacaan tahiyyat (kalo saya baca..dia boleh sambung2...kalo dia baca terus...bepusing2 ayat tu x jumpa hujungnya...hehe),
*tahu apa yg membatalkan wudhu & tayammum,
* cara wudhu' & tayammum yg betul...

& yg lebih2 lagi...bahasa Indonesia. Haha...Lawak tul...dia boleh tanya saya..."ummi...apa ada wudhu' yg tidak sempurna." (baca dgn gaya percakapan Indon). Sabo je la..

ada satu dialog dlm kartun tu...Ustaznya tanya : '"apa kamu serius?" budak2 tu jawab: "Ya...kami serius ustaz" . Maryam tanya saya, "serius tu apa ummi?" Huhu...menjawab la...


Tuesday, May 4, 2010

CD PENDIDIKAN ANAK - SIFAT SOLAT NABI

Assalamualaikum....

kali ni kita cerita tentang cd pendidikan untuk anak2. Judulnya : SifAT SOLAT Nabi. (Edisi kartun).

Abu Abdurrahman belikan utk pembelajaran Maryam & Abduh.





Ini antara sedutan2 yg ada dlm CD ni.






Dalam CD ni menceritakan tentang seorang guru mengajar anak pelajarnya tatacara wudhu & solat yang benar mengikut Nabi SAW.

Antara silibus yg ada :

1. Tatacara wudhu'
2. Tatacara tayammum
3. Perkara2 yang membatalkan wudhu' & tayammum.
4.Pergerakan dalam solat.
5. Kesalahan2 dalam solat.
6.Bacaan dalam solat.

CD yg sangat bagus & lengkap dengan rujukan hadis & ayat Quran bagi satu2 bacaan/ pergerakan/ tatacaranya.

Sesuai untuk pendidikan anak & juga utk ibu bapa (bagi yg ingin menyempurnakan / mempelajari tatacara solat mengikut Nabi SAW).

NOTE : Sabda Nabi saw yang mafhumnya : 'Solatlah sebagaimana aku solat' ditujukan kepada semua umat Islam tidak kira lelaki atau perempuan. Jadi, tiada pergerakan yang berbeza utk lelaki ataupun perempuan.


Thursday, April 15, 2010

BELAJAR MEMBACA TANPA MENGEJA

Assalamualaikum...

Kali ni nak tulis ttg aktiviti yg saya buat sepanjang mgu ni. (xde la sepanjang pun, baru hari rabu mula..)

Mengajar Maryam membaca....(abduh pun join sekali)



Saya ada beli 2 buah buku ttg mengajar anak membaca tanpa mengeja masa ke Jakarta bulan lepas. Tergerak untuk mencuba. Maryam hanya tau ABC melalui lagu2 kanak2...bila tunjuk ABC kat carta...dia x berminat bagi tumpuan. Padahal Maryam seorang anak yg cepat belajar & cepat mengingat apa2 yg kita ajarkan. So, saya beralih pd kaedah ni pulak.

Selasa malam, saya stay up dari kul 11 mlm sampai 2 pg....potong felt & huruf...




Hari Rabu ajar silibus 1...x sampai 10 minit...ingat dah.




ok...beralih pd no 2, sama gak...10 minit...dah ingat.




ALHAMDULILLAH...x sia2 saya stay up buat flash card tu...hm...

So, la ni saya dlm proses nak menambahkan flash card ikut silibus yg dinyatakan dlm buku tu.

& saya berazam utk mengajar Maryam sehingga selesai & dia pandai membaca.

Bagi saya, anak2 perlu diajar membaca dari kecil supaya dia terbudaya dengan ilmu & amalan membaca. Baru la jadi orang yg bijak.

Minta kalian doakan ye?

Ya Allah..permudahkanlah & berikan diriku & semua ibu2 kesabaran & jannah dlm usaha kami mendidik anak2...amin.


note :
jika ada sesiapa yg berminat nak join pembelajaran ni @ ada idea yg lebih bagus dlm mengajar anak membaca...sila email saya ye? Saya perlu menuntut ilmu & berkongsi ilmu.
tq


ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.