Thursday, September 30, 2010

BANTAL GEBU...semua 1st time

Bantal gebu2...buat sendiri tau.



Tu dia...siap kira ukuran tu. Yer la...sayang kain kalau terus potong.Dah la x pandai lagi.

Jahit bantal dia...buh fiber sampai gebu2. 1st time!

Pastu buat sarungnya pulak.
Sebenarnya sarung ni warna oren striking...tup tup kat gambar, kelam.


Ni la rupa sarungnya. Yang nampak cam kotak2 di balik sarung bantal ni adalah kain bantalnya. 1st time buat sarung bantal!



Ni rupe belakangnya. Sedikit buruk sebab tambahan kain di saat akhir. Boleh pulak bila dah siap, x muat nak masukkan bantal. Gebu sampai gemuk sgt bantal tu. Ternganga kat belakangnya. Tergelak sendiri saya.
Tu yang ada riben tu...menutup kecacatan tambahan. Huah!!



Ni apa lak? untuk hiasan akhir & menutup kecacatan yang ada.



Jahitanku....tengok2 balik...not bad utk beginner kan? (naik lif tekan sendiri..perasan!).


Buh butang ketip. Plan nak jahit terus, tapi x berkenan lak.




Hiyah!! Inilah hasilnya.

Amacam? Buleh tahan e? 1st time buat ni....excited!

PENCIL CASE? apasal pelik?




Pertama kali saya menggunakan mesin jahit utk projek2 khusus. Selalu jahit2 kain sikit, buat headband & scrunchies hairband. (kecik la tu kan?)

Ni teringin nak buat cam beg kecil yg pattern nya spt pencil case.

Elok dah mengukur & memotong. Saya gunakan kain printed felt.





Bila tiba dah jahit zip....ait? awat lain macam rupanya. awat kecik sangat bukaannya.

oooo rupanya zip aku tu kecik & pendek!! WArgh!!

Sabo je la!!

X pe...xpe..namanya pun 1st try kan? kita cuba lagi e?

Sunday, September 26, 2010

TUTORIAL : CARA LIPAT BAJU

Assalamualaikum...

saya nak share cara lipat baju yang sangat cepat dalam usaha nak anak membantu kita melipat baju di rumah. Dalam kata lain nak maknya pun dapat buat kerja cepat.

Sebenarnya, saya belum cuba pun cara ni. Baru tengok di facebook kawan. X sangka...kreatif betul!

Apa pun, semestinya lah anak kita tu memang nak membantu. Kalau x, buatlah tutorial atau pelbagai cara pun, memang x jalan. Hehehe.

Ini antara cara lama melipat baju. Kalau mak2...pantas la kot. Kalau anak2...mau berjam2 mengadap nak lipat baju.


(ehsan : Google)


JOM KITA CUBA CARA NI PULAK :


CARA PERTAMA: Guna Kotak

CARA KEDUA : (kaedah melipat yang sama. Just lain time nak pusing tu.)

Lipat Jepun
Lipat Orang Putih



apa hasil korang? :)



Thursday, September 23, 2010

WALLET DAH KOYAK! JOM BUAT YG BARU



Wallet suami kesayanganku dah koyak. Nak beli baru xde yang berkenan katanya. Dah 5 tahun pakai. Kalo ikutkan xde la rabak camtu sekali.




Disebabkan suka meletak pelbagai resit, dok kembung je sampai2 akhirnya....koyak. Tapi dia pakai gak.

Ciannya la cik abang ku. Jom kita suprisekan dia.

So semalam, dari maghrib sampai tengah malam saya buatkan wallet baru yg sangat simple untuk cik abang ku. Handmade....jahit pun guna jahitan tangan je. (sebenarnya nak jahit ni xde la lama sangat pun. 'ramai' sangat nak cuba pegang, yg nangis, nak mandi la, makan la....tu yg lambat siap. dah nama pun ada anak kan? Kena beransur2 la...)

saje masukkan under tajuk tutorial. Nak share ngan korang semua...mana tau ada yg nak cuba sendiri. Try la ye? & saya yakin korang lebih kreatif. Kalo berjaya buat, link kan kat komen ya...boleh share gambar. :)

Saya gunakan Syhthetic Leather yang saya beli lama dah dari Kak Mas. Inilah masanya nak gunakan. saya x pasti sama ada syhthetic leather ni sama dengan PVC tu ke x? sama kot.


ok..mula2 kita ambil ukuran dulu. Panjang, lebar, tinggi...tambah tolak bagai. Saya tuliskan & lukiskan ukuran tu di atas kertas. Sayang kalau nak potong terus leather tu...hehe.






Selepas itu, saya cuba cantumkan kertas2 tu dulu. Jadi x sebagaimana yang kita inginkan. Kot2 la silap ukur, ada yang terpanjang terlebar. Kan dah x cantik. Bila dah puas hati. Teruskan dengan lukisan di kain/ leather.



Kemudian, kita cantumkan guna jahitan insang pari @ blanket stitch. Kalau x tau bagaimana nak jahit, boleh tengok di sini : BLANKET STITCH






Di bahagian tengah ni, ikutkan hati, saya nak letakkan satu lagi leather untuk pembahaginya. Tapi bila fikirkan ianya akan menjadikan wallet ni lebih tebal & confirm2 cik abg ku x nak pakai, jadi saya batalkan niat tu. saya just masukkan kertas yang agak lembut untuk pembahagi.




Siap!!

Ini lah rupanya...ok x? simple je kan? Nak letak sebarang hiasan? silakan. Tapi saya x letak apa2 sebab mesti abgku itu x nak.



Alhamdulillah....selamat sampai ke tangan tuannya & tuannya SANGAT SUKA!! mintak buatkan satu lagi pulak tu...tapi nak yg satu bahagian je.

Hm....kita tengok la yang akan datang ni camna lak rupanya e? hehehe...tunggu...


Monday, September 20, 2010

TEMERLOH

Assalamulaikum...apa khabar sahabat2 sekalian? bagaimana Syawal kali ni? Sakan raya e? Ni dah masuk kerja balik, jangan malas2. X puasa dah pun kan? hehehe....eh...puasa 6 dah buat lum? Saya pun belum mula lagi. Cik abang saya insya Allah selesai hari ni. Jeles!! (tu la...siapa suruh malas lagi.)

Kali ni nak cerita perjalanan saya ke Temerloh. Xde la banyak sangat citenya. sebab kan ni pertama kali saya menjejakkan kaki ke Temerloh...tu yang suka sangat tu. Perjalanan dari KL lebih kurang 2 jam. Bertolak jam 7.30 pagi. Sampai sana lebih kurang jam 9.30...gi cari kedai mamak dulu...pekena roti canai & nasi lemak....pastu baru boleh gi raya. x kan nak gi rumah orang pukul 9 yong oi!

Al-kisahnya ke Temerloh menziarah a.k.a mengeratkan ukhuwah islam sesama sahabat. Alhamdulillah...dapat sahabat baru. Memang baik orangnya....Hafizah. :)

Ok...layan la gambar dari en Google ni....lupe nak amik gambar sendiri. Kui kui... Tapi ni la tempat2 yang saya lihat semasa berjalan2 x sampai 2 jam kat Temerloh ni.



Macam kat Hollywood....bezanya perkataan ni kat tepi sungai. Cik abg ku nampak je sungai ni...dah gigil nak mancing. Sabar je la....alhamdulillah time tu nak gi raya...kalau x, dah baling gewang dia dalam tu. Huhuhu...



Medan selera yang kami singgah. Banyak tul kedai...x tau yang mana best. Masuk je la tengok2 dulu.



tada....gulai lemak ikan patin. ( x tau ada tempoyak ke tak rasanya x sebab xde bau & rasa...kalo ada bau...mau aku x makan...hehhe). Saya hanya makan buah durian, kalau durian tu dah diproses jadi benda lain cam tempoyak, dodol, aiskrim dan lain-lain, saya x makan. X tau kenapa...bagi saya rasa durian tu dah x asli. (Macam2 la hang ni....kui kui)

On the way balik, singgah R&R Genting. Sampai KL, balik rumah amik barang, teruuuuusssss ke Melaka!

Letihnya!!


Thursday, September 2, 2010

SUPRISE!! RYVERRA

Assalamualaikum....

SUPRISE!!



Wah...bukak2 pintu je...suami ku pulang dengan sekotak hadiah di tangan... (bukan selalu nak dapat hadiah ni....hehehhe)

Dup dap dup dap...apa tu e?


Bukak pembalut dulu....RYVERRA....



hm...dah tau dah apa dalamnya. MY FAV!!


Wah!! Coklat!!



Untuk pengetahuan semua, semenjak mula menelan coklat2 keluaran Ryverra ni...memang saya kurang makan dah coklat2 biasa aka coklat susu di pasaran....tak boleh lawan! Sanggup kalau nak makan coklat, tunggu cik abang bawak balik.Lagi2 saya adalah penggemar dark coklat. Kalau dah terdesak sangat2 nak makan, saya akan beli dark coklat vochelle atau dark coklat Beryl's. Fuh!! Telan air liur je.....

Ni antara coklat kegemaran saya...DARK COKLAT...siap dengan % kokonya lagi...lagi tinggi % nya...lagi pahit rasa coklatnya. Nyum nyum.



50% koko


60% koko



75% koko (ni fav saya)





Ni antara coklat yang ada dalam kotak ni. Yang ada shining2 pink tu perisa strawberry, yg ada garisan hijau tu perisa apple, yang lagi satu tu perisa orange. Sedap!!

Sayang ooo nak abihkan. Amik masa 3 hari baru licin. (dah selamat sampai dalam perut 3 ketul...tu yg lompong tu...hehhe)

Korang x percaya coklat kat Ryverra ni sedap? Gi try sendiri....boleh tengok kat sini

RYVERRA



ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.