Wednesday, November 2, 2011

CROCHET HOOK HOLDER

Assalamualaikum semua....wah...lama betul saya tak menulis & share projek dengan kalian. tak taulah bagaimana nak gambarkan betapa sibuknya saya dengan aktiviti harian, anak2, rumahtangga, tempahan & order customer.

ok, jadi, kali ni saya nak share crochet hook holder saya. Betul ke namanya? Atau kawan2 ada nama lain nak diberikan? :)

Saya gunakan:

  • 1/4 meter kain cotton pink corak polka dot
  • felt warna rose
  • ribbon
  • jarum & benang

ops untuk makluman semua....ini adalah gabungan
  • jahit mesin (yg garisan pembahagi ruang jarum)
  • jahit tangan (keliling & ribbon)




digulung2.....



ini gambar rupa depannya.



saje buat atas dia lebih sikit supaya boleh dilipat. Untuk memastikan crochet hook kesayanganku ini tidak tercicir di kala ku bawa merata2. :)



tada....ini gambar bukaannya. Ok x? saya buatkan 8 bahagian untuk crochet hook & satu bahagian untuk simpan tapestry needle untuk last touch. hehehe.

inilah cara saya menyimpan crochet hook saya. lepas ni nak buat untuk knitting needle pula. kalau tidak berselirat dalam laci. cian baby baby saya ni. :)


Monday, October 17, 2011

YARN SALE @ PU3CRAFT!





YARN SALE @ PU3CRAFT!

Sale dari 16- 22 okt 2011.


Diskaun dari 10% - 30%

SYARAT-SYARAT :

  • Barang akan dipos pada 25 okt 2011.
  • Siapa bayar dulu dia akan dapat.
  • Yarn tidak boleh reserved.
  • item boleh dicampur dalam kategori yang sama


PILIHAN WARNA & JENIS YARN BOLEH DILIHAT DI SINI:


YARN IMPORT-turki

YARN IMPORT - cotton bali

YARN LOCAL -minlon & nona

ORDER DARI MANJA - MY COUSIN



PURSE, BLACK HEADBAND, A ROSE BROOCH & A FLOWER BROOCH

tq manja....dapat je purse ni...terus dia mintak buat sling bag warna merah.

ok..set! tapi kena tunggu turn ya sbb kak long tengah buat shawl cik....:)



Kepada yang berminat, boleh email saya untuk order .

natashamokhtar@gmail.com



Saturday, October 8, 2011

HADIAH UNTUK ERY

HADIAH KHUSUS UNTUK ERY - DA'KNIT

HADIAH PERKAHWINAN UTK ERY. sangat simple, tapi dibuat sepenuh hati untuk seorang sahabat. :)



bunga crochet guna lebihan benang DMC- ya...benang cross stitch tu. Hasilnya cantik sbb nampak berkilat...Tapi x boleh buat banyak..kopak! satu benang DMC tu dapat 1 bunga.
dah la benang DMC tu mahal....huah!!



tepi frame yg dihiasi glitter button....:)



cross stitch rumah burung yg cute....pattern dia dapat dari website....ntah x ingat...



inilah hasilnya....:)


Wednesday, September 28, 2011

HASILAN CROCHET SEPANJANG RAYA...


alas kaki.....siap pakai dah.



bekas botol air abdurrahman



sunhat maryam....melaram dengan topi ni sepanjang beraya & bercuti



topi abdurrahman...



topi Abdullah....anak kawan saya...


Monday, September 26, 2011

ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.