Tuesday, November 9, 2010

TOPI POCOYO?!!!

Assalamualaikum...semoga sentiasa diberkahi Allah wahai semua umat Islam.

Alhamdulillah....berjaya siapkan!! Topi untuk Abdurrahman. Tutorial dia saya ambil di youtube tapi tersangatlah x ingat di mana. Sebab al -kisahnya, dok blog walking, jalan2...klik sana sini..nampak tutorial..terus salin. Xde masa nak dok mengadap depan laptop lama2. Banyak keje lain nak buat. Dapat catat tutorial dah cukup bagus. Hehe. Orang bz la kononnya. Bila2 free baru mengadap satu2. Lepas tu mula la pening sendiri sebab masa tulis tu je yg faham, dah tinggal lama2, xde la diingatkan lagi. Haru tul.

Ok, layan gambar ye.


pandangan sisi



bahagian depan ada cap



betul2 depan. nampak x ada flap- tutup telinga tu. Maryam suka sangat tengok adik dia pakai.







Yang ni apa pulak?Yang ni nak buat topi 'pocoyo' Maryam pulak. Dah siap adik punya baru dia perasan yang topi ni cute. hehe Jadi, Maryam dengan tegasnya memilih warna pink ni utk topi dia. xnak warna lain tu...yer la nak. Ummi buatkan ni.

Dalam list menunggu...untuk anak buah kesayangan...'Ali Imran, warna hijau. Sabar ya...nanti ummi buatkan. :)


Ada yang berminat? Hehehe....

Wednesday, November 3, 2010

WIP: agak2 apa e?



Assalamualaikum ...Sekian lama menyepi..bukan tiada topik yang nak dikongsi. Terlalu banyak. Hanya broadband yg bermasalah...line celcom memang menggundah gulanakan segala urusan aku. Huhu...nak tulis entry x dapat, nak blogwalking x terjalan, nak email terpaksa amik basic, nak facebook x keluar cerita. Serba x kena la....hmmm.

Ok..jom terus pada cerita...

Ini adalah antara projek yg sedang aku siapkan.



Xde la besar mana pun projek ni. Untuk kegunaan Abdurrahman je. Siap salin lagi dia punya instruction. Apa orang panggil e? Kalo yg bergambar tu diagram kan? X arif la.

Kita nantikan hasilnya ya? Dah hampir siap dah.... :)


Wednesday, October 20, 2010

TEMPAHAN SCRUNCHIES HAIRBAND



Tempahan cari seorang customer yang sangat kreatif. Menggunakan kain dari tuannya sendiri. Ada baki, walaupun perca, kita pulangkan balik @ hantar balik dalam bentuk lain cam penanda buku ke, hiasan ke ...apa2 la yg terfikir waktu tu nak buat. hehehe.




Sedikit cenderahati utk sahabat yang baik. Semoga sentiasa dirahmati Allah :)

Semoga berpuas hati .

Monday, October 18, 2010

TUTORIAL : KEY-CHAIN

Malam minggu yang lalu, setelah jam hampir cecah pukul 2 pagi, aku masih tidak dapat melelapkan mata. Setelah seharian membawa anak2 berjogging, berjalan2 & makan2, letihnya x dapat nak kata, namun mata masih tak mau lelap. Setelah beberapa helai buku yang baru dihadiahkan cik abg dibaca, tiba-tiba aku teringat yang pintu rumah belum dikunci. Cepat2 bergegas ke pintu & terpandanglah kuncinya. Hm...ada sesuatu yang rasanya perlu di make over...ewah...ayat2 nak menghalalkan tak tido malam.




Setelah dibelek2....hm..hiasan keychainnya dah lama. dah tersenget2 & kusam nampaknya. Ini adalah hasil jahitan pertama felt ku...biasanya percubaan pertama, memang x cantik la hasilnya, tapi tetap aku simpan sebab itu adalah kenangan. (tu yg mak aku marah tu...dok simpan semua benda. xnak pakai buang lah,katanya.... hehee)





Jadi, aku terus sediakan bahan yang seadanya & mampu aku siapkan dlm jangka masa 10 minit shj. (sebab xde gangguan dari budak 2 orang ni, boleh la. Kalau x, mau 2-3 hari x siap2.)


Benang, jarum, gunting, riben saiz 1 inchi, gam UHU, ring & hiasan (aku guna bunga crochet)


Cara-caranya:

Masukkan ring di tengah2 riben. Jahit kedua hujung riben bersama2. Tampalkan hiasan apa shj yg anda suka di atas jahitan tadi. Bertujuan menutup hasil jahitan yg x berapa kemas. Kih kih.


TADA!! siap!!




Nampak tak? Simple kan? Jom la buat!





SELAMAT MENCUBA.

Tuesday, October 12, 2010

RING RING

Kakak dengan adik, dua-dua dok sibuk dengan telefon ummi. Lagi2 adik, pantang nampak, mesti ambik masuk mulut. Geram tul.





Ni ummi dah buatkan untuk korang telefon....main lah sepuasnya. Asyik2 telefon nenek. :p

Yang design ni adik punya. Kakak punya? X sempat ambik gambar, dia dah bawak merata, tertinggal dalam kereta Abi. Lain kali la ambil gambar telefon kakak. :)

Saturday, October 9, 2010

SALE : FELT



START : 11 OKT - 20 OKT 2010

Saya kini mengadakan sale untuk felt & ++++ bonus untuk semua pelanggan di PU3 CRAFT.

BERBALOI-BALOI.

JGN LEPASKAN PELUANG!!


SILA KE PU3CRAFT UNTUK MAKLUMAT LANJUT.





Friday, October 8, 2010

BUNGA MATAHARI


Hadiah untuk sepupu2.

Perjumpaan : di Yankies Hut (Kajang)

3 hari lepas, suami saya ajak dinner dengan sepupu2 dia. On aje! Memang sepupu rapat. Makan2, borak2. Melayan kerenah anak2. Yer la..dah malam kan. Yang nak tidonya, yang nak memegang makanannya, yang tak nak dipegang, suh lepas nak main. :)

Ops, lupa, ladybird tu beli kat Jaja tau. Idea bunga matahari ni pun dari Jaja, tapi Jaja jangan khuatir ya..saya x jual produk crochet untuk design ni. HANYA SEBAGAI HADIAH. :)

Luv u Jaja - idola craft saya. :)


ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.