Cd Sifat Solat Nabi ni telah saya pasang untuk tontonan Maryam & Abduh dah lebih 20 kali. Saya membuat eksperimen...Maryam boleh ingat x apa yg dia tgk.
Sekarang...
*Maryam dah bisa solat sebagaimana Nabi SAW solat, *dengan bacaan dlm solat yg benar wlwpn masih tertinggal sepatah dua perkataan dlm satu2 bacaan, *dah hafal doa iftitah, * hafal tebuk2 dlm bacaan tahiyyat (kalo saya baca..dia boleh sambung2...kalo dia baca terus...bepusing2 ayat tu x jumpa hujungnya...hehe), *tahu apa yg membatalkan wudhu & tayammum, * cara wudhu' & tayammum yg betul...
& yg lebih2 lagi...bahasa Indonesia. Haha...Lawak tul...dia boleh tanya saya..."ummi...apa ada wudhu' yg tidak sempurna." (baca dgn gaya percakapan Indon). Sabo je la..
ada satu dialog dlm kartun tu...Ustaznya tanya : '"apa kamu serius?" budak2 tu jawab: "Ya...kami serius ustaz" . Maryam tanya saya, "serius tu apa ummi?" Huhu...menjawab la...
kali ni kita cerita tentang cd pendidikan untuk anak2. Judulnya : SifAT SOLAT Nabi. (Edisi kartun).
Abu Abdurrahman belikan utk pembelajaran Maryam & Abduh.
Ini antara sedutan2 yg ada dlm CD ni.
Dalam CD ni menceritakan tentang seorang guru mengajar anak pelajarnya tatacara wudhu & solat yang benar mengikut Nabi SAW.
Antara silibus yg ada :
1. Tatacara wudhu' 2. Tatacara tayammum 3. Perkara2 yang membatalkan wudhu' & tayammum. 4.Pergerakan dalam solat. 5. Kesalahan2 dalam solat. 6.Bacaan dalam solat.
CD yg sangat bagus & lengkap dengan rujukan hadis & ayat Quran bagi satu2 bacaan/ pergerakan/ tatacaranya.
Sesuai untuk pendidikan anak & juga utk ibu bapa (bagi yg ingin menyempurnakan / mempelajari tatacara solat mengikut Nabi SAW).
NOTE : Sabda Nabi saw yang mafhumnya : 'Solatlah sebagaimana aku solat' ditujukan kepada semua umat Islam tidak kira lelaki atau perempuan. Jadi, tiada pergerakan yang berbeza utk lelaki ataupun perempuan.
berhati2 lah terhadap bencana televisyen yang telah memasuki setiap rumah. Televisyen lebih merbahaya daripada perompak yang mungkin hanya merompak & menyamun harta & menyakitkan hati kita, sedangkan televisyen, disamping menghabiskan harta benda, yang lebih kejam, rancangan televisyen merompak kehormatan, merampas kesucian & menghancurkan moral keluarga kita. Namun, hanya sedikit di antara kita yg sedar akan kesan negatif & bahaya yang timbul sehinggakan kita tidak merasa berdosa & menyesal kerana menghabiskan masa di depan televisyen.
Janganlah kita terpegun & terpesona dengan rancangan2 televisyen yang berunsur agama yg ternyata hampir 99% menyeret kita ke dalam perlanggaran aqidah & moral, kerana tayangan-tayangan yang disajikan kpd penonton SEKALIPUN bermanfaat seperti program agama, keilmuan & pendidikan, tidak akan lari dari selingan berbentuk muzik, nyanyian, tarian & para wanita yg mendedahkan aurat & berhias secara berlebihan atau perkara yang diharamkan dlm Islam.
Syaikh Bin Baz ditanya tentang : Bagaimana hukum menyaksikan wanita-wanita yg bertabarruj di televisyen? (lihat Fatawa an-Nadhar wal Khalwah wal ikhtilath,syaikh Bin Baz, syaikh Utsaimin & syaikh Jibrin, hal 52-53)
Beliau menjawab :
Tidak boleh seorang lelaki menyaksikan wanita telanjang, setengah telanjang atau yang membuka wajahnya. Begitu pula seorang wanita tidak boleh menyaksikan lelaki membuka pahanya baik di televisyen atau video, drama dan visual lainnya. Maka seseorang berkewajipan untuk menahan pandangan atau berpaling, sebab hal itu merupakan sumber fitnah dan salah satu penyebab rosak hati & menyimpangnya dari kebenaran.
Berdasarkan firman Allah :
Katakanlah kepada lelaki yg beriman : " Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." katakanlah kepada wanita yang beriman:" hendaklah mereka menahan pandangan mereka & memelihara kemaluan mereka..." (An-Nur : 30-31)
Sehingga sebaiknya seseorang harus memelihara diri dari pandangan haram & tidak boleh menonton televisyen; kecuali tayangan yang mengandungi maslahat, misalnya: menonton ceramah agama, ilmu pengetahuan atau yang berkaitan dengan perindustrian atau acara lain yg bermanfaat. Sedangkan menonton acara yang diharamkan, maka hukumnya haram & dilarang.
Ingatlah...televisyen adalah salah satu media yg digunakan oleh golongan kafir untuk menghancurkan umat Islam. Dan ingatlah penegasan Allah dlm surah Al-Baqarah : 120 :
"Orang2 yahudi & nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah,"Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya." Dan sesungguhnya, jika kamu mengikut kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung & penolong bagimu."
SEDIKIT PERKONGSIAN PENGALAMAN.
di rumah kami dah lebih 4 bulan x tengok rancangan tv. Langsung x tengok wlwpn berita. Pengaruh tv sekarang makin teruk. Rosak anak2 kita & juga kita sendiri!!
Mula2 dapat tentangan hebat dari semua orang yang menyatakan kami terlalu kuno, tegas sangat sampai Maryam x boleh tengok kartun & lain2....Diam je. Sampaikan kalo ada orang datang rumah pun, kami tidak bukakan tv wlwpn tetamu minta. NO! MINTA MAAF. NOKTAH!! Dan jika kami ke rumah orang yg time tu di pasang tv, kalo kena gaya, kami minta di tutup tv tu.
KITA KENA PERHATIKAN NI:
Kita jijik bila cerita tentang orang berzina, tp dengan tv, kita 'bawak' orang berzina, berbogel DEPAN kita, DALAM rumah kita...lagi teruk DEPAN anak2 kita!!
Kita mengamuk & mencerca cela org nak dirikan kuil / gereja,upacara2 keagamaan bangsa lain... tp dengan tv, kita BAWAK MASUK kuil / gereja SEBIJI2 dlm rumah kita...ha..apa nak kata lagi?? rosak kan?
tempoh lebih 4 bulan x tengok rancangan tv dalam rumah (saya katakan dalam rumah kerana jika kita ke luar, makan di restoran, ke rumah orang, kadang kala kita akan terlihat2 juga apa rancangan tv yg dibuka oleh orang lain....tapi akan cepat2 diminta utk tutup @ cari tempat yg lebih terselindung dari tv ), menjadikan saya, suami & anak2 lebih masa berkualiti bersama...berbincang (jika tidak, bila masa kita nak berbincang kerana masing2 dok mengadap tv?...tu yg selalu suami isteri dok kata, bila kita bercakap pasangan kita buat x tau & x dengar. Dah si dia khusyuk dengan tv/cerita...mana nak layan..yer x?)...bermain dengan anak2...membaca, belajar, ....alhamdulillah...Maryam juga sudah hafal beberapa hadis pendek & surah2 pendek..ye..walaupun baru beberapa, ada jugak kan dari langsung xde??
bagi saya, otak lebih mudah mengingat apa yg dibaca & dihafal. 2-3 hari awal tidak buka tv...memang terasa macam sunyi, xde aktiviti dan bosan. Lepas seminggu...kita akan rasa biasa. Dan seterusnya...x heran langsung. Juga tidak ada permintaan dari anak utk bukak tv.
x percaya?? cuba la...lebih2 lagi jika anda seorang suri rumah.
SAYA KEMPEN...NOTV!!
** kami tidak menonton televisyen melalui saluran televisyen sedia ada.
** kami HANYA gunakan tv untuk tengok cd kuliah,Cd mengaji Quran, cd ceramah agama, cd pendidikan anak2 yg syar'i (bukan kartun mengarut2) & national geografi sahaja.
Aktiviti berlangsung pd hujung minggu lepas. Balik kg, baru la boleh nak buat benda2 camni. Sebab apa? Tanya la sebab apa? hehe...sebab ada nenek & atuk yg melayan cucu2 nya...so ummi nya boleh la buat aktiviti sampingan yg lain...huhu...haru...
Mai layan gambar.
Ops...lupa lak...kalo korang nak tau....cheq guna spray je utk cat warna basic putih tu. X cukup ilmu lagi la....nak kena belajar. Sebabnya? Sebabnya? Ha....kalo pakai span yg 'diorang' sifu2 decoupage ajar tu...apa katanya..dap dap....x jadi. X cantik lgsg!! kui kui...bercapuk2!! Last2..fed up ...spray je. Bagi saya...yg penting..kita nak tengok kreativiti....hahaha...
ok..jemput2 tngok gambar e?
BOTOL KICAP -transfomers- jadi botol rose...cantik x?
TIN KACANG PANGGANG - transfomers- jadi tin......ni pandangan depan & belakang. (ingat nak buat pin cushion...ha..kita transfomers kan dia lagi...nantikan kemunculan tin berwajah baru...hehe)
Ha...yg ni saya paling suka!! Tin butter cookies ku jadi cantik!! saya suka betul bunga ni!! saje pilih latar dia warna putih....nampak bersih je..
Ok x hasil kali ni...ok sikit la kan dari yg memula tu...hehe...kena praktis lagi...
Kali ni nak tulis ttg aktiviti yg saya buat sepanjang mgu ni. (xde la sepanjang pun, baru hari rabu mula..)
Mengajar Maryam membaca....(abduh pun join sekali)
Saya ada beli 2 buah buku ttg mengajar anak membaca tanpa mengeja masa ke Jakarta bulan lepas. Tergerak untuk mencuba. Maryam hanya tau ABC melalui lagu2 kanak2...bila tunjuk ABC kat carta...dia x berminat bagi tumpuan. Padahal Maryam seorang anak yg cepat belajar & cepat mengingat apa2 yg kita ajarkan. So, saya beralih pd kaedah ni pulak.
Selasa malam, saya stay up dari kul 11 mlm sampai 2 pg....potong felt & huruf...
Hari Rabu ajar silibus 1...x sampai 10 minit...ingat dah.
ok...beralih pd no 2, sama gak...10 minit...dah ingat.
ALHAMDULILLAH...x sia2 saya stay up buat flash card tu...hm...
So, la ni saya dlm proses nak menambahkan flash card ikut silibus yg dinyatakan dlm buku tu.
& saya berazam utk mengajar Maryam sehingga selesai & dia pandai membaca.
Bagi saya, anak2 perlu diajar membaca dari kecil supaya dia terbudaya dengan ilmu & amalan membaca. Baru la jadi orang yg bijak.
Minta kalian doakan ye?
Ya Allah..permudahkanlah & berikan diriku & semua ibu2 kesabaran & jannah dlm usaha kami mendidik anak2...amin.
note : jika ada sesiapa yg berminat nak join pembelajaran ni @ ada idea yg lebih bagus dlm mengajar anak membaca...sila email saya ye? Saya perlu menuntut ilmu & berkongsi ilmu. tq
Hihi. x sangka dapat award...mai kita semak...kedua2 award ni diberi oleh yati. Tq sahabatku.. Tapi ada benda yg nak kena jawab lak...mana boleh jawab..kita jawab. Mana yg x...mintak mahap ye? secret!! hehe
1) Thank and link the person that gave you the award TERIMA KASIH YATI!!.
Suka sangat pd keadaan yg kemas...pantang nampak sepah. Sampai maryam pun dah terikut. (bagus la kan??)
suka & sentiasa membaca, membuat rujukan & mencari sumber/ buku ttg pendidikan anak & wanita menurut sunnah - kalo ada pertanyaan, boleh tanya...kita share2 e?
setelah berkahwin, saya memutuskan utk menumpukan pd rumahtangga, anak & suami sampai rasa x bekerja pun xpe. X payah risau rumahtangga tunggang langgang ke, anak2 hantar orang jaga ke, nak cuti bila ke...sume DALAM WILAYAH JAJAHANKU...heheh
suka makan nasi beriani Mahboob...kalo pi Bangsar mesti pekena....huhu...terliur terus!!
memperuntukan masa sehari kpd 3 bahagian - urusan rumahtangga, membaca buku / menuntut ilmu & berkongsi ilmu & urusan lain -bisnes, kraf,shopping,dll -doakan saya dipermudahkan ye?
3) 15 pemenang bertuah menerima Beautiful Blogger Award...
15? saya rasa semua blog yg saya pergi ziarah ada 'kecantikannya' tersendiri. so...mai sume sahabat2 ku....amik blog ni ye? korang the best!!
---------------------------------
1) Bagi ucapan kepada sape yg bagi award ni dan tepek award ni dlm blog masing-masing.
TERIMA KASIH KEMBALI YATI
2) Listkan tarikh lahir anak-anak dari yang 1st hinggala seterusnya...jangan lupa letak sekali nama anak tu.
MARYAM - 10 APRIL 2007 ABDURRAHMAN - 20 OKTOBER 2009
3). Sesiapa yang pregnant, sila letak gambar gambar anda tengah pregnant tu
Belum lagi kot...Abdurrahman pun baru 6 bulan. :)
4). Bagi award ni pada sesiapa yang hotmummy
HOT MAMA SE MALAYSIA...SILAKAN....INI UTK ANDA...LIHATLAH DUNIA...hehe