Tuesday, April 13, 2010

TAFSRIR CINTA -PART 2

Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya, memohon pertolongan serta ampun-Nya, kita berlindung kepadaNya dari kejahatan diri kita & kejelekan amalan2 kita. Barangsiapa yang Allah beri hidayah, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya hidayah.

Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba & utusan Allah.


Kembali kita pada buku Tafsir Cinta Ayat2 Cinta...ini part 2. Sebelum saya teruskan, saya nak nukil kata2 penulis buku ni:

“Buku ini saya tulis untuk member tafsiran yang benar terhadap makna cinta untuk novel Ayat2 Cinta, dalam rangka menyegarkan kembali makna cinta & mengingatkan kaum muslimin terhadap hakikat cinta yg sebenarnya, sehingga mereka tidak terjebak pd makna cinta yg sangat bias kerana kesalahan interpretasi & konklusi terhadap ayat2 cinta....”


KANDUNGAN BUKU

Buku ni ada 5 perbahasan.

1. Hakikat cinta dalam perspektif Islam

2.Menggugat Novel Ayat2 Cinta

3.Menyingkap Kabut Gelap Filem Ayat2 Cinta.

4.Ayat2 Cinta dalam Tafsir2 sastra.

5.Fatwa2 Ulama menentang Ayat2 Cinta.


HAKIKAT CINTA

Secara umum cinta dibahagi kpd 3:

1.Cinta kerana Allah.

-tidak bertentangan dgn tauhid malah termasuk dlm kesempurnaan tauhid, kerana tali iman yg kuat adalah CINTA KERANA Allah & BENCI KERANA Allah.

-cinta kerana Allah bermaksud : kita mencintai sesuatu kerana Allah, baik manusia @ amal perbuatan.

2. Cinta alamiah.

-cinta kpd perkara dunia yg tidak mengalahkan cinta Allah.

-cinta isteri, anak,suami,harta & makan minum.

-Rasulullah pernah ditanya,”Siapakah manusia yg paling engkau cintai?” maka beliau menjawab:”Aisyah”. Lalu beliau ditanya,”Dari kaum lelaki?” Beliau menjawab “Bapanya.” (shahih Imam Bukhari -3662, shahih Imam Muslim-6127)

3.Cinta palsu

-cinta musuh Allah yg menjadi lawan tauhid.

-mencintai makhluk seperti mencintai Allah @ lebih berat drp mencintai Allah.

Secara sederhana, cinta dapat diertikan pengabdian yg tulus kpd Allah& berjalan di atas ridha Allah, & semua yg diridhai Allah pasti dicintai-Nya. Sehingga ibadah merupakan ungkapan cinta yg paling dalam & sempurnanya cinta serta klimaksnya ialah kehinaan diri di hadapan Allah.

Firman Allah, bermaksud:

“...Dan orang2 yg beriman lebih mencintai Allah...” (al-Baqarah: 165)

“Dan tidaklah patut bagi lelaki mukmin & tidak (pula) bagi perempuan mukmin, apabila Allah & Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, aka nada bagi mereka pilihan (yg lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat, sesat yg nyata.” (Al-Ahzab : 36)


CINTA YG BENAR IALAH CINTA KPD ALLAH


LANGKAH2 MERAWAT & MEMELIHARA POHON CINTA agar tumbuh subur,buahnya boleh dipetik,sehingga meraih cinta yg sejati dari sang Kekasih ar-Rahman:

1. Baca al-Quran yg disertai penghayatan & pemahaman maknanya yg sesuai dgn maksudnya.

2. Membanyakkan amalan sunat

3. Terus mengingati Allah secara lisan, hati, amal & gerakan.

4. Mendahulukan cinta Allah di atas cinta selain-Nya.

5. Hati harus diajak merenung kandungan nama2 Allah & sifat2-Nya.

6.Mengakui kurnia Allah, kebaikan-Nya & limpah rahmat-Nya.

7.Menumpahkan keluh kesah hati & batin kpd Allah dlm setiap saat.

8.Solat malam.

9.Bersanding & bertemanlah dengan org2 yg telah Berjaya bercinta dgn Allah secara jujur.(para ulama- tuntutlah ilmu)

10.menjauhkan segala perkara yg menjadi penghalang antara hubungan hati dengan Allah.



Saya amat tertarik untuk menukil sebahagian perenggan di perbahasan kedua, dalam tujuan saya mengenengahkan apa yg ada dlm buku ni.


FAHRI BUKAN IDOLA SEMPURNA SEPERTI KLAIM PARA PEMUJANYA.

Sebagaimana yg ditulis oleh penulis :

“mungkin nantinya akan menjadi tidak seimbang dlm ulasan yg kami sampaikan ini, tapi sejujurnya yg namanya kritikan tentu sahaja akan melihat keburukan & penyimpangan yg ada. Kenapa kami hanya menitikberatkan permasalahan ini pd keburukan? Kerana telah banyak orang yang membicarakan kebaikan.......”

Jom kita buka buku Ayat2 Cinta kita...saya punya cetakan pertama Malaysia : Ogos 2006. (ops..bukan berbangga ada buku ni – dulu pernah- sekarang tidak lagi.)

Catatan kedua membahaskan:

Bagi para penuntut ilmu yg benar2 istiqomah dlm ilmunya, hendaklah dia menjalani apa2 yg diperintahkan-dicontohkan oleh Rasulullah dan menghindari yang dilarang atau yg tidak pernah dicontohkan beliau. Termasuk dalam hal mendengar muzik, wlwpun hal itu sangat disenanginya. Tapi Fahri berkhayal, “...tidur nyantai menyalakan kipas dan mendengar lantunan lagu El-Himl El-Arabi atau El-Hubb El-Haqiqi..” maka sesungguhnya sangat disayangkan, jika hal itu melintas dlm fikiran & menjadi kerinduan @ justru mejadi kesenangan & hiburan seharian umat islam. Kerana terlalu banyak alas an syar’i yg tidak memperbolehkan kita mendengar muzik & mengikuti @ menyerupai orang kafir. (rujuk ayat Fahri tu di buku AAC – halaman 8)

Kalau Fahri adalah sosok ideal & berpendidikan dari Universiti gergasi seperti al-Azhar, seharusnya bersikap wara’, zuhud & faham bahawa muzik itu haram menurut pandangan Islam & mengundang murka allah.

Dari Abu Malik al-Asy’ary berkata bahawa Rasulullah bersabda:

“Sungguh akan ada sekelompok manusia dari umatku meminum arak, mereka member nama dengan bukan namanya, mereka berdendang yg diiringi dengan muzik & para biduanita, Allah menenggelamkan mereka ke dlm bumi & Allah merubah di antara mereka menjadi monyet & babi.” (shahih, diriwayatkan Imam Ahmad (1/290), Abu DAud (3988), Ibnu Majah (4020) dan al-Miskaat (4292)


Ibnu Taimiyyah berkata (dlm Majmu’ Fatawa 10/417-418),

“Nyanyian & muzik adalah jampinya zina, kerana ia factor paling utama manusia terjatuh dalam perbuatan keji. Sungguh! Lelaki, anak2 & wanita, seorang yg sangat menjaga diri, tetapi setelah mendengar muzik, tidak mampu mengendalikan diri akhirnya berbuat kekejian, sehingga condong kpdnya baik sebagai subjek @ objek, seperti yg terjadi di kalangan para pecandu khamr (ed-orang ketagih arak.)


Nabi bersabda :

“Aku melarang dua suara kedunguan lagi jahat, pertama: suara ketika mendengar muzik & permainan,dan seruling syaitan, Kedua: suara ratapan ketika tertimpa musibah dengan memukul2 pipi, menyobek2 kantong baju & meratapi kesedihan seperti ratapan orang jahiliyyah.”

Ibnu Qayyim berkata (dlm Ighatsatul Lahafan 1/242,248):

“jika semua alat bius, rebana, gitar & jogedan bersatu menghentam perassan & emosi wanita, maka perasaannya semakin tenggelam dlm asmara & cinta atau patah hati. Demi Allah, berapa banyak wanita yg hamil di luar nikah kerana muzik & nyanyian. & berapa banyak wanita baik-baik berubah menjadi pelacur & rosak kerana muzik & nyanyian.”


FIKIRKAN....HM....


Banyak betul nak kongsikan sebenarnya...kita ringkaskan e?

Banyak lagi perbahasan yg menarik dlm buku ni tentang...

-adakah hiburan & kesenian dlm Islam?

-filem agama dlm timbangan syariat Islam

-bahaya virus & bacteria perfileman

-kualiti sastra AAC menurut sastrawan2 terkemuka Indonesia –rata2 menyatakan kualiti yg rendah, cerita yg x jelas masalah cintanya, novel AAC adalah novel pop islami, ala-ala novel Hollywood sebab nak happy ending (diorang kata la...kalo orang yg tau tentang penulisan ni, dia akan kata camtu la.kita yg x tau...baca & timbang mana baik buruk)

-hukum memandang wajah wanita, hukum menonton sinetron & filem, hukum jabat tangan dengan bukan mahram, hukum berpacaran sebelum nikah, dll.


SAYA AKAN KONGSIKAN & TULIS SEDIKIT2 ANTARA PERBAHASAN YG ADA DARI MASA KE SEMASA.

AMACAM? TERTARIK X DENGAN BUKU NI? SAYA SANGAT TERTARIK & DAH SELESAI MEMBACA & MENGUPAS.


Note :

Semua yg dicatat untuk bacaan bersama.

Semuanya adalah hasil bacaan & saya nukil terus dari buku ini. Tiada tambahan & ulasan dari saya.

Tuesday, April 6, 2010

MINGGU CINTA? DALAM CINTA? TOPIK CINTA....

Assalamualaikum wbt...

Dalam seminggu ni....jalan2 blog kawan2...banyak yg berbicara tentang cinta. CINTA??
hmmm.. ada yg cakap tentang...

cinta kekasih hati....
cinta kerjaya...
cinta kraf.....
dan lain2...........

antara blog yg saya ingat lawatan saya ialah :

DELLA

ANESZAILANI

maaf...yang lain udah keterlupaan...kalo ada sesiapa lagi yg berbicara tentang cinta...maklumkan saya e? hehe


ada sesuatu yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Jom teruskan pembacaan...

Cinta adalah sebuah ungkapan yang sangat indah dalam kehidupan manusia, gara-gara cinta manusia bisa menjadi sengsara dan dengan cinta pula manusia bias menjadi bahagia, bahkan syurga bisa diraih dengan cinta begitu juga manusia bisa terpelesek ke dalam neraka gara-gara cinta. Hampir semua gerak geri manusia dan denyut nadi kehidupan digerakkan oleh cinta.

Orang menentukan gaya hidup kerana pilihan cinta,

orang bernikah kerana panggilan cinta,

orang bekerja kerana dorongan cinta,

orang bersahabat demi memaknai ikatan cinta,

orang tertarik makan dan minum kerana selera cinta,

orang bisa rajin belajar kerana motivasi yang tumbuh dari cinta,

orang semangat berbicara kerana desakan bahasa cinta,

orang berdiam kerana kemauan cinta,

orang terpacu beramal social kerana seruan cinta,

orang tekun beribadah kerana sentuhan cinta,

orang berdakwah kerana adanya ketulusan cinta,

orang bersedekah kerana perasaan cinta,

orang mahu berkorban kerana teriakan nurani cinta,

dua sejoli dimabuk asmara kerana rayuan cinta,

orang berkumpul dan berserikat kerana tuntutan cinta,

orang bersilaturahim kerana bimbingan cinta,

orang bercita-cita menjadi pemimpin kerana tekanan cinta,

orang rakus harta kerana memenuhi cita-cita cinta,

orang kejar mengejar jabatan dan populariti kerana sindrom cinta,

orang membeli kenderaan mewah dan mengoleksi barang antik kerana godaan cinta,

orang tergila-gila dengan wanita cantik kerana hembusan asmara cinta,

orang rela mengabdi kepada musuh Allah kerana diperbudak oleh cinta,

orang menjadi dukun dan paranormal kerana nuraninya dibutakan oleh cinta,

orang bergantung pada azimat dan keramat kerana manisnya rayuan cinta,

harta kekayaan terkuras habis untuk membeli cinta,

orang kecanduan olahraga kerana tekanan cinta

dan

pengorbanan dipersembahkan buat orang paling tercinta.


Namun, cinta yang mana bisa membawa bahagia dan memasukkan ke dalam syurga dan cinta yang bagaimana yang bisa menyengsarakan dan bahkan menjerumuskan ke neraka?



Saya terdorong membeli & membaca buku ini :


(note: Buku ni saya beli di Jakarta masa melawat sahabat...x pasti di Malaysia ada ke x sebab
BELUM pernah jumpa lagi.)


Buku yang sangat bagus...ditulis dengan sangat bagus.

Ingat x dalam tajuk2 saya yang lepas (tahun lepas punya cite ni..) saya ada ceritakan antara buku kegemaran saya ialah buku AYAT-AYAT CINTA..tulisan HABIBURRAHMAN.

TAPI SEKARANG SUDAH BERUBAH!!

SUNGGUH!!

Inilah buku (Tafsir Cinta Ayat-Ayat Cinta) yang mengulas secara indah & ilmiah akan erti sebuah cinta. Dengan mengulas dan mengambil contoh kes dari novel dan filem Ayat-ayat Cinta, maka penjelasan yang dipaparkan oleh penulis buku ini menjadi semakin menarik, sehingga jalan cinta yang banyak dicari manusia pun semakin terlihat luas dan lapang.

Kira ni baru part 1.
Saya akan catatkan beberapa point yg saya baca dalam buku ni di part akan datang. Sangat menarik. So, tunggu....:)

Sebarang pertanyaan, boleh email saya ye?


ROLL BRIM HAT

hasil terbaru knit saya.